Resepi kuih onde onde
Resepi onde onde (Bahan kukus kelapa parut) 3 cawan kelapa parut 1/2 tsp garam (Bahan buat air pandan) 5 helai daun pandan 1 cawan air kosong (Bahan buat onde onde) 2 cawan tepung pulut 2 tbsp tepung gandum 1/4 tsp garam Pewarna hijau (ikut suka korang) 1 cawan air pandan (air kisaran daun pandan tadi & masukkan sikit demi sedikit) (Bahan inti onde onde) Gula melaka Cara cara kukus kelapa parut Masukkan 3 cawan kelapa parut kedalam mangkuk dan tambahkan 1/2 tsp garam , digaul rata , kemudian rebuskan air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan garam tadi kedalam periuk kukusan . Setelah naik wap bole keluarkan parut kelapa tersebut dari periuk kukusan . Cara cara buat air pandan Guntingkan 5 helai daun pandan kecil kecil kemudian masukkan kedalam blender beserta 1 cawan air kosong dan kisar sekejap , kemudian toskan , buang hampas dan ambil air pandan nya saja Cara cara buat doh onde onde & inti gula melaka Masukkan 2 cawan tepung pulut dan 2 tbsp tepung gandum kedalam mangkuk , beserta 1/4 tsp garam dan pewarna hijau (ikut anda kalau nak warna pekat letak banyak , kalau tak nak pekat sangat letak sikit saja) . Kemudian masukkan 1 cawan air pandan sikit demi sedikit dan uli sehingga dapat tekstur yang tepat . Kemudian ambil gula melaka dan potong dadu atau halus halus . Tapi kalau nak senang beli yang dah siap dipotong . Kemudian doh tadi cubitkan sedikit dan buat bentuk bola kecik (rujuk video) kemudian leperkan dan masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi , setelah itu bulatkan balik jadi seperti bentuk onde onde . Kemudian didihkan air didalam periuk, setelah mendidih masukkan onde onde tadi kedalam periuk tersebut . Tunggu sehingga onde onde terapung kepermukaan air dan tunggu sekurang nya 1 minit baru angkat dan toskan . Kemudian masukkan onde onde yang baru siap diangkat tadi kedalam kukusan parut kelapa tadi , gaul dan ratakan sehingga permukaan onde onde dipenuhi dengan kelapa parut dan siap untuk dihidangkan . Selamat mencuba Terima kasih sudi menonton . Jangan lupa share like comment & subscribe #kuihmelayu #kuihtradisional #malaysia #minumpetang #fyp #fypシ #kuihondeonde #kuihbuahmelaka #ondeone massobeats - lotus • massobeats - lotus (royalty free lofi music)

Kuih Seri Muka Pandan Tanpa Telur | Sukatan Cawan Dan Tips Permukaan Licin | Malaysian Favourite

Agar-Agar Santan Gula Melaka Sukatan Cawan | Tips Cantik Berlumut | Puding Hari Raya

Kuih Lapis Klasik "Lembut, Kenyal & Tidak Pecah" ✅

Onde onde kacang hijau parut kelapa ! Korang kene cuba

Nom Krouk Recipe - របៀបធ្វើនំគ្រក់ស្រួយៗ

Kuih Lapis Premium: Lembut, Bergedik & Boleh Tarik Selapis-selapis!

Roti Canai Lembut Gebu Dan Garing

Selepas Usia 60, Makan Sayur Ini Setiap Hari Boleh Memendekkan Jangka Hayat 10 Tahun Tanpa Disedari

Maggi Goreng Mamak Macam Kedai Mamak

I’m NOT Frying Eggplant Anymore — Few Know This Trick! A Restaurant-Style Eggplant Recipe for Dinner

Pineapple mousse dessert in 5 minutes! The best Italian dessert that drives everyone crazy!

THE BEST EVER‼️JUST STIR IT UP TO MAKE A CAKE THIS DELICIOUS - 3 TASTY AND FRAGRANT PANDAN CAKE R...

Agar Agar Cendol Gula Melaka | Coconut Milk Cendol Pudding | Malaysian No 1 Dessert!

I have never eaten such delicious zucchini! Nobody knows this recipe! Only 2 ingredients!

Agar-Agar Santan Gula Melaka | Sedap Makan Sejuk-sejuk

AIS CENDOL BIKIN LELEH | BUKAK KEDAI CENDOL DEPAN RUMAH :) | how to make chendol

Sambal Sotong Lembut Tak Liat | Tips Sambal Pecah Minyak | Malaysian Aesthetic Squid Recipe

Resepi tauhu begedil udang kering sedap dan senang dibuat !!

NEW WAY WITHOUT STEAMING‼️VERY LEGIT NOT HARD NOT SOFT NEVER FAILS WAJIK GLUTEN RICE WITH BROWN S...

