🎥 SEGMEN TERJAH: PERKHIDMATAN SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital masih berpeluang meneruskan pembelajaran mereka? Jom ikuti Segmen Terjah kali ini untuk mengenali dengan lebih dekat Perkhidmatan Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang menyediakan akses pendidikan kepada murid yang sedang menerima rawatan, agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan terus bersemangat mencapai kecemerlangan. Melalui kerjasama erat antara sektor kesihatan dan pendidikan, SDH menjadi platform penting dalam memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan dalam suasana yang kondusif, mesra dan menyokong kesejahteraan pesakit. “Harapan Anda, Inspirasi Kami” #HelloRehab #HospitalRehabilitasiCheras #SekolahDalamHospital #SDH #SegmenTerjah #PendidikanUntukSemua #AnakAnakHebat #HRCPrihatin