'Terima kasih, terbaiklah menteri' - MP BN puji Zuraida

Sesuatu yang jarang berlaku dilihat di Dewan Rakyat apabila anggota parlimen pembangkang memuji menteri Pakatan Harapan (PH) ketika sesi penggulungan hari ini. Dalam penggulungannya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin membangkitkan soal rumah mampu milik dan seorang demi seorang anggota parlimen BN bangun untuk bertanya tentang status projek di kawasan masing-masing. "Saya juga nak minta menteri yang begitu baik hatinya, berbanding menteri lain, ini puji ya. Bila (menteri buat perkara) betul saya kata betul. "Saya ingin tanya tentang PPR (projek perumahan rakyat) di Sungai Tinggi," kata Noh Omar (BN-Tanjong Karang). Beliauyang juga bekas menteri KPKT berkata tanah di situ diberi percuma oleh Berjaya Group untuk pekerja ladang tetapi tidak tersenarai dalam projek rumah mampu milik kementerian itu. Zuraida kemudian menjawab kementeriannya sedang bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamooorthy untukmerangka dasar perumahan untuk pekerja ladang dan orang asli, selain dasar rumah mampu milik sedia ada. Halimah Mohd Sadique (BN-Kota Tinggi) kemudian mencelah dan memuji Zuraida, yang hanya tersenyum. "Jarang bekas menteri daripada pembangkang memuji seorang menteri PH, ini memang menteri yang perform," katanya. "Sudah lama saya mahu bertanyakan soalan ini, saya nak tanya adakah menteri kewangan (Lim Guan Eng) bersetuju untuk bantu rakyat Baling dengan meneruskan projek ini kerana tanah itu telah dibeli," katanya. Zuraida kemudian berkata projek itu sudah diluluskan kerajaan dan akan diteruskan tahun ini. "Terima kasih menteri," kata Abdul Azeez. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang tidak bertanya apa-apa turut bangun untuk mengucapkan terima kasih kepada Zuraida. "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada menteri kerana memberi kelulusan untuk PPR di Kuala Krau diteruskan walaupun ia dimulakan oleh menteri terdahulu," katanya. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) juga bertanya tentang status projek PPR di kawasannya, khususnya di Kampung Chain. Mengenai projek itu, Zuraida berkata ia sudah pun disenaraikan dan lawatan tapak akan dilakukan namun pihaknya sedang meneliti perkara itu dengan lebih lanjut.

Jalan sukar buat PH di Johor?, DAP dituduh hipokrit, Kenapa rekod Azam masih sulit? | SEKILAS FAKTA
▶︎

Jalan sukar buat PH di Johor?, DAP dituduh hipokrit, Kenapa rekod Azam masih sulit? | SEKILAS FAKTA

Kecoh! 20 minit sidang tegang libat Anwar, PN keluar dewan beramai-ramai
▶︎

Kecoh! 20 minit sidang tegang libat Anwar, PN keluar dewan beramai-ramai

AZMIN KEPANASAN!!! DIHENTAM TERUK OLEH ANNUAR MUSA DAN NOH OMAR
▶︎

AZMIN KEPANASAN!!! DIHENTAM TERUK OLEH ANNUAR MUSA DAN NOH OMAR

Dewan Rakyat panas, perang mulut antara Ismail-Rayer
▶︎

Dewan Rakyat panas, perang mulut antara Ismail-Rayer

[LIVE] Grand Finale Perikatan Nasional untuk PRN Johor, 8 Julai 2026
▶︎

[LIVE] Grand Finale Perikatan Nasional untuk PRN Johor, 8 Julai 2026

Johor polls - PH manifesto offers holistic solutions to handle cost of living, says Maszlee
▶︎

Johor polls - PH manifesto offers holistic solutions to handle cost of living, says Maszlee

Tolak Kuning Kekalkan Merah? DAP jangan 'panas' kehadiran kami - Nik Nazmi
▶︎

Tolak Kuning Kekalkan Merah? DAP jangan 'panas' kehadiran kami - Nik Nazmi

Dewan Rakyat kecoh selepas Najib sindir Azmin
▶︎

Dewan Rakyat kecoh selepas Najib sindir Azmin

(LIVE) PRN Johor 6 Julai: Jangan Kembalikan Parti Dominan * Sokongan Puad Suntik Semangat Yazid
▶︎

(LIVE) PRN Johor 6 Julai: Jangan Kembalikan Parti Dominan * Sokongan Puad Suntik Semangat Yazid

(LIVE) PRN Johor 7 Julai: Elak Undi PH Pecah Demi Impian M'sia * Dialog Bantu Pengundi Buat Pilihan
▶︎

(LIVE) PRN Johor 7 Julai: Elak Undi PH Pecah Demi Impian M'sia * Dialog Bantu Pengundi Buat Pilihan

Newly-minted Speaker Art Harun boots Khalid Samad from Dewan Rakyat
▶︎

Newly-minted Speaker Art Harun boots Khalid Samad from Dewan Rakyat

[Tinjauan] Maharani panas: PN bergolak! Pengundi pertimbang beralih sokongan
▶︎

[Tinjauan] Maharani panas: PN bergolak! Pengundi pertimbang beralih sokongan

Suasana lucu ketika Shahidan Kassim gesa Akta Perhimpunan Aman dimansuhkan
▶︎

Suasana lucu ketika Shahidan Kassim gesa Akta Perhimpunan Aman dimansuhkan

'Adakah itu abu Chin Peng di dahi anda?'Tajuddin tanya Rayer
▶︎

'Adakah itu abu Chin Peng di dahi anda?'Tajuddin tanya Rayer

FULL: Trump recaps NATO summit after meeting with Zelenskyy and announcing more strikes against Iran
▶︎

FULL: Trump recaps NATO summit after meeting with Zelenskyy and announcing more strikes against Iran

Bantu Rakyat Bukan Hanya Ketika Musim Kempen, Yakin Pengundi Muda Bijak Nilai Fakta, Tolak Hasutan
▶︎

Bantu Rakyat Bukan Hanya Ketika Musim Kempen, Yakin Pengundi Muda Bijak Nilai Fakta, Tolak Hasutan

Bung Moktar Vs Zuraida in Parliament
▶︎

Bung Moktar Vs Zuraida in Parliament

Nga-Noh bertikam lidah, Dewan Rakyat 'panas' isu Taliban
▶︎

Nga-Noh bertikam lidah, Dewan Rakyat 'panas' isu Taliban

Ahli Parlimen bertikam lidah isu Tabung Haji
▶︎

Ahli Parlimen bertikam lidah isu Tabung Haji

Annuar Musa questions the powers of CEP, claiming ‘one-man show’ in Govt
▶︎

Annuar Musa questions the powers of CEP, claiming ‘one-man show’ in Govt