Proton Wira - Full Overhaul Valvebody Wira Auto F3A21
Assalamualaikum ... setelah sekian lama mencari masa akhirnya saya berjaya juga luangkan sedikit masa untuk hasilkan video PART 3 teknik lengkap overhaul valvebody Proton Wira 3 speed model F3A21. Banyak dugaan semasa menghasilkan video ini antaranya file corrupt, fon jem dan sebagainya. Alhamdulillah setelah berusaha akhirnya masalah-masalah tersebut berjaya diatasi. Baik, valvebody adalah sebuah jantung dalam gearbox automatik kerana di sini lah punca aliran bendalir dikawal untuk dihantar ke sistem klac dalam gearbox automatik. Untuk gerbox F3A21 ini, ia tiada sistem solenoid elektronik untuk mengawal aliran bendalir hidraulik di dalam gearbox automatik yang menetukan pertukaran gear sebaiknya ia menggunakan konsep kawalan throttle secara manual melalui sambungan kabel throttle. Bila pedal throttle ditekan rapat (butterfly terbuka luas), ini menyebabkan manual valve pada valvebody ditekan ke dalam lalu membuka laluan aliran bendalir yang besar dan bertekanan tinggi. Aliran bertekanan tinggi ini disebabkan oleh putaran Oil pump ( juga disebabkan RPM enjin yang tinggi) akan melalui Front klac, low & reverse brake maka berlakulah pergerakan kenderaan ke hadapan. Begitulah percaturan yang berlaku dalam sistem gear Proton Wira 3 speed model F3A21. Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya. Jika video ini bermanfaat pada anda, tolong share dan subscribe channel saya ( Matt Fuyver) ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Ilmu yang dikongsi dan diamalkan boleh menjadi sumber pahala yang berpanjangan walaupun telah kita meninggal dunia. In shaa Allah Sekian dari saya : ~Matt Fuyver / Chegu Faiz~

Proton Wira - Full Overhaul gearbox auto F3A21 (Part 1: buka gearbox)

Cara Set TPS Sensor Proton & Mitsu 4G Series

proton wira | valve clearance | yg mana bagus,ukuran tipis Vs tebal?

Unbelievable Smart Worker & Hilarious Fails | Construction Compilation #7 #adamrose #smartworkers

Proton Wira - Full Overhaul gearbox auto F3A21 (Part 2: pasang gearbox)

Masalah gear auto kancil Delay sentap termenung - Cara service Valve Body

Proton Wira - Overhaul pam power steering

gear tak boleh masuk P wira auto tips

Man Builds a FERRARI From an Abandoned CLASSIC | Start to Finish by @Home Built By Jeff

Everyone Said This Bulldozer Shaft Was Scrap… We Rebuilt It!

Cara Buka Dan Pasang Gearbox Perdana atau Wira 1.6

Siri 2 : Cara pasang dan service valve body | Proton wira gearbox auto

Yusoff Rawther LARI Dari Perbicaraan Minggu Depan?!

SERVICE AIRCOND PROTON EXORA YANG TAK SEJUK BROQU,BUAT FLUSHING/GANTI FILTER DRIER&MINYAK COMPRESSOR

Unbelievable Smart Worker & Hilarious Fails | Construction Compilation #8 #adamrose #smartworkers

How Heavy Duty Truck Piston Is Made From Scrap

Drum to Disc Brake Conversion DIY

Tractor Rescue: Getting This Muddy Beast Running Like New

Unbelievable Smart Workers | Genius Construction Skills, Crazy Fails | Part 114 #construction #smart

