BHGD344C4 | INTEGRITI DAN ANTI RASUAH | GROUP 1 | HUBUNGAN SULIT | #UkekoUITMArau #KIARSPRM

Video ini menceritakan tentang rasuah antara pelajar dan pejawat awam di dalam universiti. Sipnosis video ini adalah : Haikal dan Puteri merupakan pasangan kekasih yang sering pulang ke kolej selepas waktu curfew. Tanpa pengetahuan Haikal, Puteri mempunyai hubungan sulit dengan seorang anggota polis bantuan, Tuan Kamal, yang membenarkan mereka masuk ke kolej selepas tengah malam. Perkara tersebut menimbulkan syak wasangka rakan sebilik Puteri, Raisya, manakala Daniel mengetahui hubungan sulit itu dan bercadang untuk memberitahu Haikal. Raisya kemudian membuat laporan kepada pihak HEP, yang seterusnya membawa kes itu kepada SPRM untuk disiasat. Hasil siasatan, SPRM berjaya menahan Tuan Kamal atas penyalahgunaan kuasa, manakala pihak HEP mengambil tindakan terhadap Puteri dan Haikal kerana melanggar peraturan kolej. Nilai-nilai yang diketengahkan dalam cerita ini ialah integriti, amanah, kejujuran, keberanian untuk melaporkan salah laku, pematuhan kepada peraturan, serta tanggungjawab terhadap tindakan sendiri.