Semboyan Panggil Kerja BERSAMA di PRN Johor: Panduan kepada Ahli dan Sukarelawan

π—¦π—˜π— π—•π—’π—¬π—”π—‘ π—£π—”π—‘π—šπ—šπ—œπ—Ÿ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π——π—œ 𝗣π—₯𝗑 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯: π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—¦π—”π—Ÿ π— π—”π—¦π—¨π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔, π—¦π—˜π—žπ—”π—₯π—”π—‘π—š π—žπ—˜π—‘π—” π—£π—”π—¦π—”π—‘π—š π—•π—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔 π—£π—”π—¦π—”π—‘π—š π—•π—”π—‘π—‘π—˜π—₯ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Apakah 2 tugas besar itu? Tonton video ini.

RUSSIANS MASSIVELY FLEE FROM OCCUPIED CRIMEA Vlog 1449: War in Ukraine
β–ΆοΈŽ

RUSSIANS MASSIVELY FLEE FROM OCCUPIED CRIMEA Vlog 1449: War in Ukraine

RAFIZI TUNTUT KETELUSAN PMX & PH PKR,  DUA TAHUN MENTERI EKONOMI?
β–ΆοΈŽ

RAFIZI TUNTUT KETELUSAN PMX & PH PKR, DUA TAHUN MENTERI EKONOMI?

Dengan Lafaz Bismillah Onn Hafiz Umum Senarai Calon BN Bagi PRN Johor!
β–ΆοΈŽ

Dengan Lafaz Bismillah Onn Hafiz Umum Senarai Calon BN Bagi PRN Johor!

YB MACHANG WAN FAYHSAL DARI PARTI 'WAWASAM' CUBA TUNJUK PANDAI
β–ΆοΈŽ

YB MACHANG WAN FAYHSAL DARI PARTI 'WAWASAM' CUBA TUNJUK PANDAI

Puad bayang kemelut calon BN!, Drama saat akhir?, 'Anwar, tolong jawab arahan siapa?' |SEKILAS FAKTA
β–ΆοΈŽ

Puad bayang kemelut calon BN!, Drama saat akhir?, 'Anwar, tolong jawab arahan siapa?' |SEKILAS FAKTA

Englandβ€― – Ghanaβ€―Highlights | Gruppeβ€―L, FIFA WM 2026 |β€―sportstudio
β–ΆοΈŽ

Englandβ€― – Ghanaβ€―Highlights | Gruppeβ€―L, FIFA WM 2026 |β€―sportstudio

[[LIVE]]23.6.26 PERPECAHAN PERIKATAN NASIONAL BUKAN ISYARAT BAIK BUAT PH. PELANCARA TRAK BERSAMA
β–ΆοΈŽ

[[LIVE]]23.6.26 PERPECAHAN PERIKATAN NASIONAL BUKAN ISYARAT BAIK BUAT PH. PELANCARA TRAK BERSAMA

(PRN Johor) Calon-Calon PH PRN Johor & Pimpinan PH: Ceramah Perdana "Johor Ke Depan" Di Segamat
β–ΆοΈŽ

(PRN Johor) Calon-Calon PH PRN Johor & Pimpinan PH: Ceramah Perdana "Johor Ke Depan" Di Segamat

Imigresen gempur kilang di Klang, 270 PATI dicekup sampai tak cukup lori
β–ΆοΈŽ

Imigresen gempur kilang di Klang, 270 PATI dicekup sampai tak cukup lori

Panamaβ€― – Kroatienβ€―Highlights | Gruppeβ€―L, FIFA WM 2026 |β€―sportstudio
β–ΆοΈŽ

Panamaβ€― – Kroatienβ€―Highlights | Gruppeβ€―L, FIFA WM 2026 |β€―sportstudio

24 June 2026
β–ΆοΈŽ

24 June 2026

Pengumuman Calon PRN Johor & Pelancaran Trak Kancil
β–ΆοΈŽ

Pengumuman Calon PRN Johor & Pelancaran Trak Kancil

TERKINI! Ke Mana Haluan MCA Dan BN? Bersama Datuk Seri Ti Lian Ker | THE ZAID IBRAHIM PODCAST
β–ΆοΈŽ

TERKINI! Ke Mana Haluan MCA Dan BN? Bersama Datuk Seri Ti Lian Ker | THE ZAID IBRAHIM PODCAST

SEMBANG SANTAI SOFI WAHAB  9.20 MLM 24 JUN 2026, CALON BN ADA EX MENTERI AIR SUAM
β–ΆοΈŽ

SEMBANG SANTAI SOFI WAHAB 9.20 MLM 24 JUN 2026, CALON BN ADA EX MENTERI AIR SUAM

#WeFund BERSAMA Sabtu Ini 27 Jun, Janji Tak Tukar Venue Dah. Ada 396 Tiket Lagi
β–ΆοΈŽ

#WeFund BERSAMA Sabtu Ini 27 Jun, Janji Tak Tukar Venue Dah. Ada 396 Tiket Lagi

24 June 2026
β–ΆοΈŽ

24 June 2026

PRN Johor: Puad Dedah Ada Yang Tidak Kena Dalam UMNO?
β–ΆοΈŽ

PRN Johor: Puad Dedah Ada Yang Tidak Kena Dalam UMNO?

"Nasib Syed Saddiq Selepas Ini?" | Apa Cerita? Zaidel Baharuddin | Episode 79
β–ΆοΈŽ

"Nasib Syed Saddiq Selepas Ini?" | Apa Cerita? Zaidel Baharuddin | Episode 79

Trump Sends Vance to Concede to Iran & Reflecting Pool Is Filled with Corruption | The Daily Show
β–ΆοΈŽ

Trump Sends Vance to Concede to Iran & Reflecting Pool Is Filled with Corruption | The Daily Show

DATUK SHARKAR PESAN JANGAN PANDANG RENDAH,BILA RAFIZI UMUM BERSAMA TANDING 15 KERUSI DUN PRN JOHOR !
β–ΆοΈŽ

DATUK SHARKAR PESAN JANGAN PANDANG RENDAH,BILA RAFIZI UMUM BERSAMA TANDING 15 KERUSI DUN PRN JOHOR !