PROFIL SMA TAUFIKIAH KHAIRIAH AL-HALIMIAH KEDAH-MALAYSIA
Sekolah in diasaskan pada 3 Zulhijjah 1360H bersamaan Disember 1941 dan dibina atas surau peninggalan Tuan Hussein Kedah. Pembinaan ini adalah hasil dari persidangan dan kemuafatakan 25 penduduk yang berpengaruh di Kampung Padang Lumat yang bersidang pada 28 Syawal 1360H bersamaan 18 November 1941. Surau dan tapaknya seluas 2 relung kemudiaanya diwakafkan kepada Haji Yahaya Junaid. Taufikiah Khairiah ditubuhkan hasil khairat dan jariah masyarakat setempat. Mudir atau Pengetua pertama Sekolah ( Madrasah) Taufikiah ialah Tuan Guru Haji Yahaya A.M.K. seorang ulamak yang terkenal di Negeri Kedah. Sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein ( Mudir Al-Khairiah Pokok sena, Seberang Prai) pada 12 Rabiulawal 1361 bersamaan April 1942. Bilangan pelajar betambah dari 18 pelajar diawal penumbuhan kepada 194 pelajar semasa perasmian. Pada tahun 1964 jawatan mudir atau Pengetua telah diserahkan kepada Allahyarham Ustaz Azhari abd. Razak. Pada zama Allahyarham berdua, Taufikiah terus membangun dan mencapai banyak kejayaan. Jawatankuasa Lembaga Tadbir telah bertekad untuk memperbaiki prestasi Taufikiah Khairiah Al-Halimiah dan terus berusaha melahirkan pelajar yang patuh dan tunuk kepada perintah Allah S.W.T. Sejarah telah membuktikan Taufikiah Khairiah Al-Halimiah telah melahirkan ribuan Ulamak, Intelektual islam bukan sahaja di Kedah, Semenajung malah ke Sabah dan Sarawak. Taufikiah telah berjaya melahirkan Professor, Doktor, Pensyarah, Pegawai Tadbir, Pegawai Agama, Penguam, Golongan Profesional, Guru, Imam dan Pemimpin Masyarakat. Mulai tahun 2008, Taufikiah memulakan pembaharuan dengan PENGAJIAN TAHFIZ diwajibkan bagi setiap tingkatan selama satu setengah jam. Kelas tambahan diadakan bagi membaiki mutu pembelajaran seluruh pelajar. Taufikiah juga mewujudkan kelas pemulihan Khas untuk pelajar-pelajar yang tidak mahir di dalam membaca Al-Quran, jawi dan rumi. Tahun 2010, pihak Taufikiah telah mewujudkan satu program khusus untuk pelajar yang mahir Al-Quran yang dikenali sebagai AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN. program ini membolehkan pelajar pilihan menghafal surah-surah yang di tentukan. Mulai 2011, MAAHAD TAHFIZ SAINS TAUFIKIAH mulai beroperasi. Syarat kelayakan kemasukan pelajar ialah 5A peperiksaan UPSR. #pondokpakya

Kessmat 2019

pondok pak ya full movie ( tahun 1989 )

Rindu Madinah Cover By Umar Razeeq ft Mujib

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN SK TUNKU INTAN SAFINAZ PENDANG KEDAH

LAGU JIWANG 80AN DAN 90AN TERBAIK - LAGU SLOW ROCK MALAYSIA - KOLEKSI 40 LAGU2 JIWANG 80AN - 90AN

Johan Bahan Afdlin Shauki Berat? | Sidang Media Kekwat Jozan Show

Kehidupan Rutin Harian Pelajar-Pelajar Pondok

Sejarah Kolej Sultan Abdul Hamid

DZIKIR PAGI SESUAI SUNNAH RASUL | ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI | Dzikir Mustajab Pagi

BUDAK SEKOLAH MINTA ROKOK - social experiment !!

Taufikiah Dalam Shahadah

KAD RAYA HANI :DRAMA PENDEK RAYA SK TUNKU INTAN SAFINAZ 2022

Kerana Sebatang Lilin- Kebakaran Di Pondok Pak Ya

Syeikh Salah Al Musally | Surah Al Fatihah dan An Najm

Schweiz – Kolumbien Highlights | Achtelfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

DRONE SK MERGONG

Nyanyian Lagu Cincin Emas dan Berjuanglah KVASku oleh pelajar tahun 1 Kolej Vokasional Alor Setar

Cita-cita | Kisah Kanak-kanak Islami | Omar & Hana

MA'HAD AS-SYATIRIE ( Pondok Sungai Dedap )

