LANYAK MB! SAMSENG POLITIK MAHU LANYAK MB N9! INI RESPOND TERKINI TOK MIN!

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan serangan terhadap keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi sebagai keterlaluan. Walhal, ujarnya, langkah itu dibuat atas keinginan untuk meluaskan khidmat kepada rakyat di kawasan lain. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan berkata, beliau dimaklumkan terdapat pihak yang mahu “lanyak” beliau selepas meninggalkan DUN Sikamat yang diwakilinya selama empat penggal. “Saya baru dikhabarkan ada orang nak ‘lanyak’ saya di Linggi. “Aduhai, sampai begitu sekali saya diserang hanya kerana berpindah kawasan setelah empat penggal saya di Sikamat,” katanya menerusi satu catatan yang dikongsikan di media sosial. Mesra dipanggil Tok Min, beliau berkata, keputusan menawarkan diri di Linggi bukan kerana mahu melarikan diri daripada kawasan lama. Sebaliknya, kata Tok Min, ia didorong oleh tanggungjawab untuk membawa pengalaman pentadbiran dan rekod kerjanya kepada masyarakat di kawasan berkenaan. “Saya juga terpanggil untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan lain, terutamanya di DUN Linggi. “Kawan-kawan tahu rekod saya mengurus negeri,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu. Kasih dan sayang Beliau menegaskan, kempen pilihan raya harus menjadi medan untuk membandingkan prestasi, pencapaian dan kemampuan calon, bukannya ruang untuk melancarkan serangan peribadi atau membangkitkan politik kebencian. “Tak perlulah kita menyerang sampai begitu sekali sedangkan niat kita hanya mahu meluaskan kasih dan sayang kepada negeri yang kita cintai ini. “Bandingkan kerja masing-masing kerana pada akhirnya rakyat yang akan menentukan,” katanya. Untuk rekod, Linggi merupakan kerusi tradisi BN dan dimenangi gabungan itu pada PRN lepas dengan majoriti 1,461 undi. Mengulas lanjut, Tok Min mengajak warga Linggi bersama-sama meneruskan usaha meningkatkan pencapaian serta prestasi Negeri Sembilan. “Kepada warga DUN Linggi, marilah bersama kita bekerja untuk tingkatkan pencapaian dan prestasi Negeri Sembilan, insya-Allah,” katanya. Aminuddin antara 36 calon PH yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan. Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN PRN Negeri Sembilan menegaskan akan memberi tentangan sengit kepada Aminuddin Harun di Linggi. “Kita kejar dia pergi mana. Sampai mana? “Dia hendak pergi Linggi, kita pergi ramai-ramai. Kita lanyak di Linggi pula,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat. Pada PRN ke-15 pada 2023, PH membentuk kerajaan Negeri Sembilan bersama BN selepas memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi DUN. PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima kerusi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 18 Julai manakala pengundian awal pada 28 Julai ini. #NegeriSembilan #MBAminuddin #PolitikMalaysia #KerajaanMinoriti #YamtuanBesar #TebukAtap #DUNN9 #UMNO #PAS #KestabilanPolitik #OraitnopoChannel #nogoritolakumnodanpas #umnopaspengkhinat #AnalisisPolitik #RakyatN9 Sumber Berita 1. https://malaysiagazette.com/2026/07/1... 2. https://harapandaily.com/2026/07/16/n... Join this channel to get access to perks:    / @oraitnopochannel  

Over 1,000 Durians! From Durian Farm to Stall
▶︎

Over 1,000 Durians! From Durian Farm to Stall

(LIVE)  Letak Jawatan Jika Serang Kerajaan Perpaduan - PM * Persefahaman BN-PN Penting - Tok Mat
▶︎

(LIVE) Letak Jawatan Jika Serang Kerajaan Perpaduan - PM * Persefahaman BN-PN Penting - Tok Mat

PRN NEGERI SEMBILAN: PH BAKAL MENANG? SOKONGAN PADU PENYOKONG HARAPAN
▶︎

PRN NEGERI SEMBILAN: PH BAKAL MENANG? SOKONGAN PADU PENYOKONG HARAPAN

EP01 | Siapa langgar adat, siapa pertahan adat, DS Jalal atau DS Amin?
▶︎

EP01 | Siapa langgar adat, siapa pertahan adat, DS Jalal atau DS Amin?

KITA MEMBIRUKAN NISMILAN
▶︎

KITA MEMBIRUKAN NISMILAN

PRN NEGERI SEMBILAN: PH BAKAL KALAH? AMINUDDIN TANDING KUBU KUAT BN
▶︎

PRN NEGERI SEMBILAN: PH BAKAL KALAH? AMINUDDIN TANDING KUBU KUAT BN

SATU PERBUATAN HARAM YANG SEBAHAGIAN ORANG MELAYU BUAT BILA TALQIN/ZIARAH HARI RAYA DIKUBUR
▶︎

SATU PERBUATAN HARAM YANG SEBAHAGIAN ORANG MELAYU BUAT BILA TALQIN/ZIARAH HARI RAYA DIKUBUR

PANAS NASIHAT PERCUMA RAFIZI KEPADA PAS BILA TELAH BEKERJASAMA DENGAN UMNO
▶︎

PANAS NASIHAT PERCUMA RAFIZI KEPADA PAS BILA TELAH BEKERJASAMA DENGAN UMNO

Iran Dan Asia Barat | ZAINAL RASHID AHMAD | NASAIE ISMAIL
▶︎

Iran Dan Asia Barat | ZAINAL RASHID AHMAD | NASAIE ISMAIL

PRN N9 - APA NASIB PH & PMX? | UMNO YANG TIADA SETIAKAWAN -  MAT SABU
▶︎

PRN N9 - APA NASIB PH & PMX? | UMNO YANG TIADA SETIAKAWAN - MAT SABU

HARAM! Menadah Tangan Ketika Khatib Berdoa Dalam Khutbah Jumaat? Ini Penjelasan Dalil!
▶︎

HARAM! Menadah Tangan Ketika Khatib Berdoa Dalam Khutbah Jumaat? Ini Penjelasan Dalil!

DHS says it found noncitizens on voter rolls in several states before Trump speech: report
▶︎

DHS says it found noncitizens on voter rolls in several states before Trump speech: report

DATO KAMAL RESPON PIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAK PUAS HATI 11 KERUSI 'DISERAHKAN' KEPADA PN – SUMBER
▶︎

DATO KAMAL RESPON PIMPINAN UMNO BAHAGIAN TAK PUAS HATI 11 KERUSI 'DISERAHKAN' KEPADA PN – SUMBER

Photographers Who Became Friends With Wildlife in the Sweetest Way! 😍🐾
▶︎

Photographers Who Became Friends With Wildlife in the Sweetest Way! 😍🐾

"JANGAN LUPA 33 BULAN, PAS KHIANAT UMNO" ! NASIHAT DATO LOKMAN ?
▶︎

"JANGAN LUPA 33 BULAN, PAS KHIANAT UMNO" ! NASIHAT DATO LOKMAN ?

Gandingan Tok Mat Hasan & Hadi Awang bakal meleyapkan dan memalukan Anthony Loke di Negeri Sembilan
▶︎

Gandingan Tok Mat Hasan & Hadi Awang bakal meleyapkan dan memalukan Anthony Loke di Negeri Sembilan

ALAHAI TOK MAT HASAN!! - KO BALAS DENGAN TUBA YA! | TEBUK ATAP HADI
▶︎

ALAHAI TOK MAT HASAN!! - KO BALAS DENGAN TUBA YA! | TEBUK ATAP HADI

PRN NS: Bersatu boleh gagalkan PN di NS, kelirukan pengundi
▶︎

PRN NS: Bersatu boleh gagalkan PN di NS, kelirukan pengundi

Aminuddin Harun KENA BOO Kaw² Dekat Linggi?
▶︎

Aminuddin Harun KENA BOO Kaw² Dekat Linggi?

PANAS RAFIZI DEDAH DATA TERKINI ANALISIS PRN16 N9
▶︎

PANAS RAFIZI DEDAH DATA TERKINI ANALISIS PRN16 N9