EPISOD 26 : AINUL PELAJAR TAHUN 1 SK CHERAS JAYA GEGAR PWTC - TOP 10 PERINGKAT KEBANGSAAN!

Tahniah SK Cheras Jaya! Seorang lagi murid hebat SK Cheras Jaya telah melakar sejarah apabila Ainul Mardhiah binti Ahmad Shairi berjaya melayakkan diri sebagai Finalis Sayembara Baca & Kongsi Peringkat Kebangsaan 2025! Lebih membanggakan, hari ini Ainul akan bertanding di pentas utama PBAKL untuk peringkat seterusnya, membuktikan bahawa murid SK Cheras Jaya bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu bersaing di peringkat tertinggi dalam pertandingan kebangsaan. SK Cheras Jaya, Sekolah Hebat, Murid Hebat!