Permohonan Menawarkan Diri Menjadi Calon BERSAMA Kini Dibuka
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ด ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ช๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐ Hasrat ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk merintis budaya politik yang berfokus kepada bakat rakyat dan masa depan kini dizahirkan dengan memperkenalkan proses terbuka pemilihan calon-calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam pilihanraya. Rakyat Malaysia yang ingin menawarkan diri menjadi calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dijemput memohon dengan mendaftar di https://bersama.org Klik โSertaiโ dan pilih laluan pendaftaran sebagai calon pilihanraya. Sekiranya belum menjadi ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, anda perlu memohon menjadi ahli ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai calon pilihanraya. Klik https://bersama.org/ms/daftar Pemohon akan melalui proses berikut: 1. Melengkapkan maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga 2. Melengkapkan maklumat kewangan, termasuk mengenai pendapatan dan aset 3. Temuduga skrin yang dikendalikan oleh algoritma sistem untuk menguji karisma, keterampilan dan kesediaan sebagai calon pilihanraya Permohonan yang telah disahkan akan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Calon. Kriteria-kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa Calon untuk menilai setiap permohonan pada peringkat tapisan pertama adalah seperti berikut: 1. Kepakaran dan kemahiran yang boleh menambah nilai kepada masyarakat berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penglibatan dalam masyarakat 2. Tapisan pembabitan politik terdahulu (jika ada) untuk mengelakkan calon-calon yang membawa imej politik yang tidak serasi dengan ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ 3. Kesesuaian calon kepada imbangan mengikut kerusi-kerusi parlimen/DUN, jantina, umur dan kaum 4. Karisma dan keterampilan untuk diketengahkan sebagai seorang calon yang menyumbang membina imej ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ Calon-calon yang di senarai pendek akan melalui tapisan kedua. Tapisan kedua melibatkan semakan secara digital untuk mengenali calon dengan lebih dekat dan semakan dengan masyarakat setempat untuk mendapat maklum balas kualitatif mengenai calon. Hanya calon-calon yang telah melepasi tapisan pertama dan kedua akan dipanggil untuk tapisan terakhir secara bersemuka dengan pasukan pusat ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐. Calon-calon yang melepasi semua peringkat tapisan akan dipertimbangkan sebagai calon-calon berpotensi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, yang akan diumumkan mengikut kumpulan dari semasa ke semasa. Pemohon hendaklah menyatakan kerusi Parlimen atau DUN yang ingin ditandingi. Mengikut undang-undang, calon DUN mestilah tinggal atau beralamat di negeri yang sama. Keutamaan saringan calon diberikan untuk memuktamadkan calon-calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan. Kami menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkongsi aspirasi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk memohon menjadi calon. Portal permohonan akan dibuka secara berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan. ๐ด ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐ ๐ก๐๐ญ๐ ๐ ๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐

PRN N Sembilan: Loke sasar PH menang lebih 20 kerusi DUN

EP202 | DUN Johor & N9 BUBAR, Pemasyhuran YDPB N9 Baharu?, Harga Barang Naik, Harga MAMEE KEKAL!

Did Netanyahu DEFY Trump?: Israel and Iran trade strikes after Israeli attack on Lebanon

Loke confident Harapan can secure majority in N Sembilan polls

Buletin AWANI Khas: Johor Memilih | Tiada kerjasama BN-DAP

Jelajah Kancil Melaka

Teo duduk sebelah boleh ya? - Anwar sindir Onn Hafiz

SESAT! Gema Goeyardi Skakmat Narasi 'Rupiah Melemah Bikin Untung' | Rakyat Bersuara | 03/06

Buletin AWANI Khas: Perang Akan Tercetus Lagi?

Aku Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Kampung Terpencil Timor Leste! | Baucau

8 June 2026

PKR berisiko โlenyapโ selepas era Anwar Ibrahim- Rafizi Ramli

So It Begins: PRN Johor & N9 & Tiada MADANI Bagimu | YBM #51

Buletin TV9, 8 Jun 2026

On Jokowi's Involvement, Andi Azwan: This Was Our Request | Catatan Demokrasi tvOne

BERSAMA DAP DI PUTRAJAYA, MENENTANG DAP DI JOHOR. MANA PRINSIP UMNO?

Jelajah Kancil Johor

UMNO Takkan Jadi Pemain Kedua PH

LOVE SCAM AI HINGGA DEPRESI! TERNYATA SINDIKAT JUDOL! - Iso-Late Show #isolateshow

