Tipah Tertipu - Ruffedge (Official MTV Karaoke)
Ruffedge merupakan sebuah kumpulan vokal hip-hop dan R&B soul Malaysia yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu dan Da' Bomb. Kumpulan ini terdiri daripada Farish bin Ramli (Cat Farish), Mohd Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (Zain Hamid), Azan Addin bin Abdul Wahab (Azan Addin), Syed Hussein bin Syed Mustafa (Sein Qudsi), Amer Munawer dan Syed Mohammad bin Syed Abdullah (Mode). Album pertama Ruffedge bersama V.E. berjudul Extreme Pleasure dilancarkan pada bulan September 2002 dan mula mendapat perhatian pendengar muzik menerusi lagu dwibahasa Tiada Lagi Cinta. Sejak penubuhannya, kumpulan ini telah mengeluarkan dua album studio dan dua album kompilasi. Telah mencapai kejayaan menerusi album pertama mereka, Defined pada 2004, yang terjual melebihi 40,000 unit dan menerima anugerah platinum, sekaligus menerima pencalonan bagi kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005. Ruffedge membuat penampilan pertama di industri perfileman tanah air menerusi filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham. Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali dan pada tahun 2008 kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing bagi menumpukan perhatian kepada komitmen lain seperti keluarga dan kerjaya solo masing-masing. Pada awal tahun 2018, Ruffedge mengumumkan bakal membuat kemunculan semula selepas sekian lama tidak beraksi di pentas. Bertempat di KL Kive pada malam Sabtu 4 Ogos 2018, telah berlangsung Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang juga merupakan konsert sulung kumpulan ini dalam sejarah kerjaya seni mereka.[13] Lebih 3000 peminat telah hadir menyaksikan persembahan mereka. Konsert ini berkemungkinan akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records kerana tiket yang dijual secara online telah laris ditempah dalam masa dua jam sahaja. Malah, sejumlah tiket untuk sesi "meet and greet" telah habis dijual dalam masa tiga minit. Seterusnya pada 6 Oktober 2018, Ruffedge telah mengadakan sebuah konsert khas untuk peminat mereka di Singapura. Konsert ini telah berlangsung di Zepp@BIGBOX Singapore. Kedua-dua konsert ini telah mendapat perhatian dan liputan besar-besaran daripada pihak media di kedua-dua negara. Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE! Follow Universal Music Malaysia on Instagram : / universalmu. . Facebook : / universalmuz. . Twitter : / umdomestic Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC7Hs... #getarannostalgia #ruffedge

Khayalan - Ruffedge (Official MTV Karaoke)

Lagu Santai Buat Kerja - Lagu Pop Hits Indonesia Tahun 2000an #Mungkin Nanti#Ku Katakan Dengan Indah

tetty kadi _ tarikan nafasku yang terakhir (1971)

Alhamdulillah II (Malay Version)

Tiada Lagi Cinta - Ruffedge & VE (Official MTV Karaoke)

LAGU JIWANG 80AN DAN 90AN TERBAIK - LAGU SLOW ROCK MALAYSIA - KOLEKSI 40 LAGU2 JIWANG 80AN - 90AN

#AME2018 I Persembahan Ruffedge padu ubat rindu | Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu, Khayalan

Lagu 2000an Indonesia Pop Terbaik & Terpopuler || TANPA IKLAN #lagupop #lagu2000an #lagupopterbaik

20 Tahun Dalam Penjara: Kisah Kebangkitan M. Nasir | SHAYUPODCAST | EP.10

Lagu Pop Hits 2000an yang Bikin Nostalgia! | Enak Didengar Saat Santai & Kerja

Lemas

Lagu 2000an Indonesia Pop Terbaik & Terpopuler || TANPA IKLAN #lagupop #lagu2000an #lagupopterbaik

Adira Suhaimi & Hafiz Suip Full Album | Lagu Malaysia Terbaik 2026 | Sayang Orang Sama Lagu Viral

Goyang - Ruffedge (Official MTV Karaoke)

MC Syze, Malique - Tak Nak (Official Music Video)

Cheb Khaled x Cheb Hasni x Cheb Mami | Rai Legends 2026 🔥 The Holy Trinity of Algerian Rai

Apokalips

Suci Dalam Debu - Iklim (Lirik Video)

