FAMILY DAY SANAT 2026 #family #familyvlog #familytime #familyday

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga SANAT yang telah bersama-sama menjayakan HARI KELUARGA SANAT 2026 Kehadiran, kerjasama, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta telah menjadikan program ini berlangsung dengan meriah, harmoni dan penuh kenangan indah. Daripada persiapan, persembahan, aktiviti kebudayaan, jamuan potluck hinggalah ke acara penutup, semuanya mencerminkan eratnya hubungan kekeluargaan yang kita bina bersama. Semoga segala kenangan manis yang tercipta pada hari ini akan terus mengukuhkan ikatan persaudaraan, memupuk semangat kebersamaan dan menjadi inspirasi untuk kita terus bersatu pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa, idea dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung. "Berjumpa kita kerana keluarga, bersatu kita kerana persaudaraan, dan kenangan ini akan kekal selamanya di hati." Jumpa lagi pada Hari Keluarga SANAT yang akan datang. Terima kasih dan salam hormat daripada GABAN CHANNEL ❤️🎉🏆