Ep 94 | Straight A's- Memang Pandai Atau Gred Yang Turun Ni?
Setiap tahun, keputusan SPM mencatatkan semakin ramai pelajar memperoleh straight A. Namun, keadaan ini turut menimbulkan persoalan dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat — adakah generasi hari ini makin cemerlang, atau standard dan sistem penggredan peperiksaan telah berubah sehingga keputusan cemerlang menjadi semakin lazim? Dalam episod ke-94, Lebih Masa menampilkan Dr. Othman Talib, pakar sains pendidikan yang berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, pedagogi dan dasar pendidikan. Perbincangan mengupas isu lambakan pelajar memperoleh gred A, konsep fairness within cohort dalam SPM, beban guru, keyakinan terhadap sekolah kerajaan, serta persoalan sama ada sistem pendidikan kita terlalu menumpukan kepada pencapaian peperiksaan berbanding pembinaan kompetensi sebenar. Turut dibincangkan ialah hala tuju pendidikan negara dalam era STEM, TVET dan kecerdasan buatan (AI), termasuk isu UEC serta keperluan menerima kepelbagaian laluan pendidikan bagi memenuhi potensi murid yang berbeza. Ikuti perbincangan ini dalam Lebih Masa Episod 94 yang akan bersiaran pada Khamis, 4 Jun jam 9.00 malam. 00:00 Kenapa pendidikan jadi isu hangat di Malaysia ? 03:44 Dari kampung hingga jadi profesor hebat 11:48 Pendidikan perlu ubah dari top down ke bottom up 15:57 Generasi Digital Natif 19:46 Sekolah perlu sesuaikan diri dengan pelajaran digital natif 24:00 Rahsia kejayaan pendidikan di China yang kita boleh tiru 29:42 Kurangkan bilangan murid dalam kelas adalah langkah pertama pendidikan Malaysia 35:05 Silibus pendidikan perlu sederhanakan segera 49:01 SPM dan Isu Gred A 58:31 Fokus 10A boleh jadi masalah besar 01:01:48 Matematik & Sains lebih mudah dari Sejarah 01:02:44 Umur 6 tahun masuk Darjah 1 jadi isu besar 01:08:06 3M penting untuk anak Darjah 1 01:09:37 Sains bukan subjek wajib di China ? 01:14:55 Program STEM di Malaysia tak berubah 01:19:05 Isu UEC jadi sangat sensitif di Malaysia 01:23:12 Kita perlu terima pelajar UEC dalam pendidikan 01:26:32 3 Nasihat penting untuk Menteri Pendidikan masa depan 01:27:31 Rahsia disebalik perbincangan pendidikan 01:30:57 Menteri Pendidikan mungkin tidak popular Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: / niknazminikahmad Nani Roslan: / naniroc Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di [email protected] Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff PENGARAH: Aben Othman JURUKAMERA: Mamat JURUTEKNIK: Shafwan Zaidon MONTAGE/GFX/: Kugan SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Ezza Nur Azira #niknazmi #naniroslan #othmantaib #pendidikan

Ep 93 | Balik-balik orang yang sama. Apa perlunya nak masuk AJL?

Ep 92 | The Story of a Former ISA Detainee Turned Controversial Book Publisher

How to increase your vocabulary: Live English Class

Adik Yusuf Usia 4 Tahun Tapi Genius, Lucu Sampai Buat Netizen Cair! | Motif Trending S5

Ep 91 | Inilah Sebab Kami Keluar PKR & Tubuhkan BERSAMA

Selepas Usia 60, Makan Sayur Ini Setiap Hari Boleh Memendekkan Jangka Hayat 10 Tahun Tanpa Disedari

"Tak Ada Keperluan", Atau TAKUT Nak Bubar Parlimen Wahai Anwar?

ဦးနှောက်စွမ်းဆောင်ရည် အမြင့်ဆုံးအချိန်ကို အသုံးချနည်း : The 5Am Club booksummary 📖

PODCAST Borak Dalam Galley Ep 183 Faizol Is Back!!

How to understand native speakers when they talk quickly: Live English Class

((LIVE)) Apa Sebenarnya UEC? Kenapa Ia Ditentang? #SkopMG

Overtime Ep 2 | Living in a Hotter World: Are Corporations Prepared to Adapt?

Ustaz Ibnu Rijal ceritakan 'ekslusif' konten buku terbaru Alfu Sanatin 3

KE MANA HALATUJU EV DI MALAYSIA?

Anatomy of a Problem | The Trial

Ep 90 | Kalau UMNO nak 'solo', PKR 'berduet' nak rebut kerusi

Ep29 : Madam Mu on Dari Besut Ke KL, Bina Empayar Bisnes NOIR

What to do when you don't understand: Live English class

EP87: Sasaran 30% Eksport Proton Menjelang 2030

