Bila dapat hadiah dari Cadbury. Apalagi melapis lah kita... Kek Lapis Cadbury
Hari ni dapat bingkisan hari raya dari Cadbury Malaysia. Terima kasih Cadbury atas bingkisan Hari Raya yang memang di tunggu-tunggu ini. Ita memang peminat coklat Cadbury. Rasa coklat Cadburry memang tak boleh di sangkal lagi.. Masa sekolah dulu sangup kumpul duit sekolah semata-mata nak beli coklat Cadburry. Dulu kan kita tak mampu nak makan coklat mahal.. makan pun sikit-sikit je.. sayang.. Hari ni ita kongikan cara bagai mana ita sedikan kek lapis Cadbury. Nak buat kek lapis ni kena banyak sabar. Beberapa pekara penting harus di berikan perhatian supaya kek lapis tidak kering. Suhu kena sesuai dengan oven kita. kak ita kongsikan beberapa tips penting ya untuk melapis 1. hanya gunakan api atas sahaja ketika melapis. Dan letak loyang pada rack paling atas 2. untuk dapatkan kek lapis yang moist, masa bakar di kurangkan untuk setiap lapisan. 3. untuk penggunaan oven biasa, kak ita biasa bakar suhu 180 C dan hanya bakar 5 - 7 minit sahaja 4. untuk bakar menggunakan air fryer oven masa bakar hanya 3 minit untuk setiap lapisan suhu 150 5. tak perlu on kipas , cukup sekadar buka api atas sahaja. 6. untuk dapatkan lapisan yang cantik, harus di timbang setiap adunan. Kak ita timbang 100 gm 7. pastikan di hentak loyang yang telah di letakkan adunan untuk membuang bubble , supaya lapisan kek tidak berlubang. 8. jangan lupa untuk tekan dengan alat penekan, ( kak ita panggil iorn ) bagi mendapatkan lapisan yang kemas. 9. untuk dapatkan potongan yang cantik,kek harus di simpan dalam peti ais, bagi dia sejuk baru di potong. 10. kek lapis akan bertambah mois selepas 2 atau 3 hari. lagi lama lagi sedap! tapi awas simpan dalam peti ais dan di balut kemassupaya kek tidak mudah rosak atau berkulat. Bahan-bahan: loyang 9" x 9" 450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja Ketepikan Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. Sejukkan kek sebelum dipotong. untuk resepi penuh boleh rujuk blog masam manis https://norazlitaaziz.blogspot.com/20... #cubalahresepiharirayaoreo #cadburyraya

Resepi Kek Lapis Sarawak Original Paling Sedap! Lembut, Moist & Penuh Rasa Butter ✨

Lebih 40 Jenis Kek Lapis SARAWAK ASLI, Serendah RM10?! Hanya Di Kek Lapis Mama Su

Tart Nanas Ada yang baru yang lama jangan di lupa ....

BUTTER CHEESE CAKE| Kek Butter Cheese Lembut Moist Untuk Potluck Majlis Pertunangan🍰😍

Kek Chocolat Cheese Viral yang premium dan yang budget untuk yang nak cari duit sampingan

Nasi Briyani Dalca, Lauk Ayam Vanggey. Laku Bersih Hari-hari di Ipoh! | Nasi Biriyani Faridah

Cara Buat : Kek Lapis Cadbury (saiz 8x8x3 inch loyang) | How to Make : Cadbury Layer Cake

MARBLE BUTTERCAKE | Tutorial Step By Step Kek Butter ANTI-GAGAL!!!

Brownies Kedut Tips dapatkan browies yang berkedut cantik!

EASY Chocolate mini Cakes at Home | SIMPLE Cake Decorations Recipe

Laksa Johor sedap sangat kegemaran kami sekeluarga

kek lapis cadbury | tips dan cara memotong kek dengan betul | cadbury layer cake | kek lapis Sarawak

Russian Black & White

Lapis Rempah (Spice Layer Cake)

Kek viral Marble Jelita eh ‼️ bukan.... Batik Jelita uppss‼️🤭

Resep Lapis Legit TANPA Terigu, cuma pake margarin tekstur lembut lembab berminyak

Soto yang sangat sedap dengan nasi impit yang lembut

Kek Lapis Idola

Mango Cheesecake Creamy Macam AISKRIM, Tanpa Bakar Tanpa Telur

