Sultan Mahmud Shah I (1511-1528) Berundur Dan Bertahan - Bentayan - Pagoh - Bintan - Kampar

Serangan Portugis pada Ogos 1511 dan jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, mengakibatkan Sultan Mahmud serta pengikutnya mula berundur ke Bertam dan Batu Hampar. Seterusnya berundur ke Muar serta membina kubu pertahanan. Lantaran serangan portugis Sultan Mahmud berundur pula ke Pahang buat seketika, lalu ke Bintan dan Kampar.