Wong Chen: “Apa Rang Undang-Undang Yang Tak Elok, Tak Betul, Kita Takkan Sokong”
Wong Chen: “Apa Rang Undang-Undang Yang Tak Elok, Tak Betul, Kita Takkan Sokong” KOTA BHARU, 20 Jun — Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menegaskan bahawa wakil rakyat tidak boleh menjadi “cop getah” kepada kerajaan dan perlu berani menolak dasar atau rang undang-undang yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Berucap ringkas dalam program Jelajah Kancil di Kota Bharu pada Sabtu malam, Wong berkata beliau dan beberapa Ahli Parlimen PKR yang dikenali sebagai kumpulan “samurai” telah mengambil pendirian untuk menilai setiap rang undang-undang berdasarkan meritnya, walaupun mereka berada dalam blok kerajaan. “Hari Isnin ni kita ada Parlimen. Jadi kita akan mulalah buat kerja kita. “Dalam PKR ni kita ada banyak orang kita panggil dia samurai. Samurai adalah lapan. Dulu ada 10, dua dah cabut dah,” katanya secara berseloroh. Beliau berkata kumpulan tersebut telah membuat komitmen sejak beberapa bulan lalu bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang undang-undang yang dianggap bermasalah. “Dalam sembilan bulan lalu kita buat satu janji pada rakyat. ‘Apa rang undang-undang yang tak elok, tak betul, kita takkan sokong.’ “Kita beritahu Datuk Seri Anwar. Okey, itu kerja kita sebagai ahli Parlimen walaupun kerajaan,” katanya. Menurut Wong, peranan wakil rakyat bukan sekadar mempertahankan kerajaan secara membuta tuli, sebaliknya memastikan setiap dasar yang dibawa benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. “Kalau orang tu nampak memang tak boleh pakai tu jangan kita tak tahu buat. “Jadi kita membuat satu pendirian yang penting,” katanya. Beliau turut mengakui bahawa pendirian sedemikian kadangkala tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan dalam parti komponen kerajaan. “Kita haraplah pada masa tu kawan-kawan kita dalam DAP ke, Amanah ke, PKR yang lain ke boleh sokong kita juga. “Tapi kadang-kadang dia malas nak sokong kita,” katanya sambil berseloroh. Ucapan Wong yang berlangsung kurang tiga minit itu dibuat sebelum Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil pentas dalam program berkenaan. Sebelum mengakhiri ucapannya, Wong turut mengusik Rafizi dengan menyatakan beliau lebih selesa menikmati hujung minggu di Kelantan sambil menikmati makanan tempatan berbanding berucap panjang. “Rafizi esok saya duduk relaks. Esok pagi makan nasi dagang. “Tengah hari makan mi kari. Lepas tu malam baliklah,” katanya disambut gelak ketawa hadirin. Walaupun ringkas, ucapan Wong menonjolkan mesej bahawa Ahli Parlimen kerajaan perlu kekal berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang, termasuk berani menolak rang undang-undang yang dianggap tidak selaras dengan kepentingan rakyat. #RafiziRamli #NikNazmi #JelajahKancilKelantan #Kelantan #KotaBharu #PartiBersama #SalahPemimpin #PolitikMalaysia #BanjirKelantan #PembangunanKelantan #AnakKelantan #BrainDrain #PeluangPekerjaan #KemunduranKelantan #PolitikBaharu #SuaraRakyat #AnakMuda #PengundiMuda #KecekapanPentadbiran #TadbirUrus #Reformasi #PerubahanMalaysia #PolitikBersih #RakyatMalaysia #KelantanMaju #Infrastruktur #PembangunanNegeri #PRU17 #GenerasiMuda #AgendaRakyat #Malaysia2026 #KuasaRakyat #AlternatifBaharu #GelombangPerubahan #PartiKancil

Ucapan Rafizi Ramli - Jelajah Kancil Kelantan

"Nasib Syed Saddiq Selepas Ini?" | Apa Cerita? Zaidel Baharuddin | Episode 79

“The Nation Speaks” With Rajendra Baniya | Rajendra Kumar Rai | Khagendra Sunar | Kछ Nepal | EP-07 |

Ucapan Nik Nazmi - Jelajah Kancil Pahang

Bila Pensyarah Bahasa Sembang Dasar Ekonomi: Sindiran 'Muka Tembok' Penganalisis Politik

Ucapan Wong Chen - Jelajah Kancil Negeri Sembilan

'Kecam tapi tiada fakta' - PM dakwa Johor sumbang RM14b, terima semula RM16b

SIARAN ULANGAN LIVE SEJAM BERSAMA AKMAL & KJ

Dilema 'Gila Talak' PH dan Taktik Sentimen DAP dalam PRN Johor

Parti Hamzah sertai PN, Bersatu kekal!, Saddiq balas sindiran TMJ, MP PKR tolak RUU | SEKILAS FAKTA

Pengumuman Calon PRN Johor & Pelancaran Trak Kancil

Orang Kampung & luar bandar tahu ke Gen Z? Cam ni lah, bahasa mudah, anak anak kita, cucu cicit kita

THIS IS NOT NEW YORK… THIS IS KUALA LUMPUR, MALAYSIA 🇲🇾 | Driving Through KL

Zahid Has Destroyed BN! - Awtar Singh Unleashes On Rafizi BERSAMA, Hamzah’s Parti Wawasan and MIC!

PRN Johor Paling Kucak-Kacir: Drama 'Friendly Fire' UMNO, Taktik Bersatu-PAS & Gerakan Merajuk

Gen Sinar Pagi: Kak Jas Cerita Pengalamannya Hilang Selama 2 Minggu

Bila Kantoi 'Cybertrooper' Import: Isu 'View' Live PH dan Misteri Bahasa Amharik

PAS Handing Anwar GE16 If Fights Persist | with Prof Ramasamy URUMAI

Albert Tei DIPERMAINKAN Oleh PDRM dan SPRM?

