Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur | 2014

Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Mengiktiraf pemenang dari hasil undian peminat, malam Anugerah DFKL menyaksikan dominasi drama 'Love You Mr. Arrogant' dengan merangkul anugerah utama iaitu Drama Pilihan. Drama tersebut juga menerima dua anugerah lain iaitu Hero & Heroin Pilihan dan Pelakon Lelaki Pilihan.