BUDAYA DISEMAI, BAKAT DITEROKAI | Pertandingan TA'SEEM Negeri Sabah 2025

Saksikan kemeriahan Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Malaysia (TA’SEEM) Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Julai di Dewan SJKC Chung Hwa Tenom. Pertandingan ini menghimpunkan 20 daripada 89 pasukan dari 24 PPD seluruh Sabah, mempamerkan bakat dan warisan budaya dalam empat kategori utama serta sesi battle untuk mencari Penari Terbaik. Pasukan SKCM.tv dari Sekolah Kebangsaan Chinta Mata telah dijemput khas oleh PPD Tenom untuk membuat liputan media sepanjang program berlangsung. Turut dimuatkan dalam video ini ialah temu bual bersama beberapa orang murid dan guru yang terlibat dalam pertandingan. Video tersebut telah dirakam pada 3 Julai 2025 (hari Khamis). Jurukamera: Adik Mohd Jazzrul Suara Latar: Adik Qaisara Damia Hos: Adik Nur Farhana Insyirah Penyunting: Cikgu Mohd Izzallee _______________________________________ Music track: Breaking News by Walen Source: https://freetouse.com/music _______________________________________ #TASEEM2025 #seniuntuksemua #bersamakitakuatsepakatkitahebat #skcmtv #skcmtenom #skchintamatatenom