Vlog : MEMBELI BARANG DAPUR CARA RAKYAT BIASA

vlog ini adalah pengalaman peribadi membeli barangan dapur di 3 pasar raya sekitar Tasek Puteri dan Kundang dengan membuat perbandingan harga harga barang yang biasa di beli. Biasanya ini pilihan aku berdasarkan harga, lokasi dan kemampuan. 1- Segi Fresh Tasek Puteri https://maps.app.goo.gl/G2XRMzednTJcR... 2- BSK Freshmart https://maps.app.goo.gl/3edD7N2c9h2K9... 3- Econsave Kundang ( HyperMarket |Wholesale) https://maps.app.goo.gl/JedzGwbZTLWFt... Ayam dan ikan Siakap biasanya murah di Segi Fresh, jadi aku selalu jugak la ke sana. Tapi selepas Econsave Kundang ni dah bukak dah dekat dengan rumah so aku selalu ke sini lah. Harga ayam ikut harga semasa dan promosi. Sayur, Bawang kopek dekat BSK Freshmart murah. Meatball Muhammad Armiya Warna Hijau ni sedap kalo buat Mee Sup. biasanya ada kat Segi Fresh / BSK Freshmart. Rempah Cap 0 susah dapat sekarang, biasanya ia nya ada kat Segi Fresh. kat Econsave / BSK Freshmart takda. 1 lagi makanan kegemaran Akil, Biskut Lee Special Cream Creaker warna biru memang susah nak dapatkan di kebanyakan mall.Biasanya Econsave ada biskut ni, sebab mula-mula jumpa kat Econsave Sg Buloh.