Sambutan Hari Guru Peringkat SKWT Tahun 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 22 Mei 2026 yang lalu, SK Wakuba Tawau telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan sambutan hari guru peringkat sekolah. Bermula dengan nyanyian lagu keramat Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan acara sukaneka. Guru - guru sangat supporting dalam menjayakan acara sukaneka. Selain itu, anak - anak murid berasa teruja melihat guru - guru mereka beraksi. Selamat Hari Guru kepada semua guru Malaysia. Tema : Guru Bitara Nadi Negara