Gunung Rinjani via Sembalun 2025

Berikut merupakan video pengembaraan pendakian kami mendaki Gunung Rinjani. Sebelum kami berjaya sampai ke Lombok sendiri, kami telah diuji apabila penerbangan kami tergendala dan kami terpaksa membeli tiket baru. Ini menyebabkan kami telah terlewat sampai dan terpaksa memendekkan pendakian kami daripada 3 hari 2 malam kepada 2 hari 1 malam. Pengembaraan kami diuji lagi apabila aku mendapati beg yang mengandungi kameraku telah hilang sewaktu kami bergerak ke hotel transit di KLIA2. Namun disebalik semua dugaan ini aku bersyukur, dikurniakan isteri dan sahabat yang memahami dan sering cuba menceriakan diri ini. Di sini aku sedar bahawa manisnya pendakian bukan pada puncaknya, tapi pada pendakinya. Manisnya pendakian ini adalah kerana kamu semua. Terima kasih. Fiona Calvin Haziq Yasmin Vilzan Ikmal Luqman Julian dan Baby Iris Camera: iPhone 13 Mini Lens: N/A Audio: N/A Stabilization: Handheld (Native Camera App) Lights: N/A Editing Software: Da Vinci Resolve (Apple) BGM: N/A Thank you for watching