Scammer Menyamar pegawai Kastam 2018 (1)

Scammer akan membuat panggilan ke telefon bimbit anda - dengan nombor yang di "spoof" (nombor palsu sekiranya anda telefon semula, takan disambungkan ke nombor sebenar [boleh jadi dia cari nombor Kastam sebenar]). Bila anda jawab, akan mendegar kononnya recorded message (sistem automatik, akan meminta anda menekan nombor 9 untuk disambungkan ke "pegawai"). Bila ditekan 9, akan ada seorang yang berbahasa melayu pelat cina, mengaku bernama JACKY. Akan cuba menipu berdasarkan alamat kita, kalau kita di KL, dia akan kata dia dari Kastam Penang/Kedah. Kebarangkaliannya scammer ini ada nombor telefon, nama, IC dan alamat kita untuk memulakan penipuan.