Kenangan Lalu - Gerimis (Klip Video Muzik-muzik 1990)

(Video ini dipetik dari Channel Manakian Nan 2007 - 2024) Tarikh muat naik asal : 30 November 2009 Tahukah Anda? Sejarah Awal Rahmad Mega Sebelum Popular Bersama Mega. Sebelum Rahmad menjadi vokalis utama kumpulan Mega dan mencipta kejayaan besar dengan lagu Takdir dan Waktu yang menjuarai Juara Lagu 1991, beliau sebenarnya telah pun aktif dalam dunia muzik rock. Pada tahun 1990, Rahmad pernah menganggotai kumpulan Gerimis (bukan kumpulan Gerimis Mengundang dari Slam ya!) dan sempat melancarkan album bertajuk “GERIMIS” yang diedarkan oleh CBS Record — syarikat yang kemudian dikenali sebagai Sony Music pada lewat tahun 1991. Namun, perjalanan kumpulan tersebut tidak bertahan lama. Selepas perpecahan itu, Rahmad menerima tawaran untuk menjadi vokalis Mega, sekaligus membuka lembaran baru dalam karier muziknya bersama Mega sehingga tahun 1996 iaitu ketika Mega berpecah.