HIGHLIGHT: Episod 21 - Kenapa Nak Sangat I Lepaskan You?... | Risik Pada Hati (2022)

HIGHLIGHT: Episod 21 - Kenapa Nak Sangat I Lepaskan You?... | Risik Pada Hati (2022) Apa yang berlaku diketahui oleh Adam dan Aisya. Biarpun Umar selamat namun Hayfa dimarahi teruk oleh Adam kerana lalai. Tidak sedikit pun Hayfa menyalahkan Suhara atas apa yang berlaku. Dia bimbang jika Adam memarahi Suhara nanti. Bagi Aisya, walaupun dia sedih dan terkejut namun dia tahu Hayfa tak mungkin dengan sengaja mahu membiarkan Umar begitu. Aisya pujuk Adam supaya tidak menyalahkan Hayfa lagi. Bagi Adam, kelalaian Hayfa tidak boleh diterima namun pujukan Aisya supaya memaafkan Hayfa membuatkan Adam akur. Pelakon: Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini #RisikPadaHati