Ketua pembangkang Kelantan titis air mata keluar dewan
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nozula Mat Diah menangis selepas diarah keluar dari persidangan oleh Speaker, Datuk Abdullah Ya'kub, hari ini. Abdullah menghalau Nozula (BN-Paloh) selepas dikatakan melanggar peraturan dewan dengan mengganggu sesi penggulungan pihak kerajaan negeri walaupun diberi amaran beberapa kali. Arahan itu sekali gus menyebabkan Nozula sebak dan mengalirkan air mata dan mendakwa tidak diberi ruang secukupnya untuk bersuara dalam persidangan dewan yang berakhir hari ini. Susulan tindakan terhadap Nozula, empat lagi wakil BN iaitu Datuk Ramzi Ab Rahman (Dabong), Mat Razi Mat Ail (Pengkalan Kubor), Ab Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising) turut bertindak meninggalkan dewan. Nozula berkata, beliau sedih kerana hak sebagai ketua pembangkang untuk berucap mewakili rakyat dinafikan sepenuhnya oleh speaker DUN. Terdahulu, Nozula berkali-kali memohon diberi ruang untuk berucap pendek ketika exco kesejahteraan rakyat, kesihatan, alam sekitar dan NGO Datuk Dr Ramli Mamat mahu memulakan penggulungan.

Part 1 YB Nozula Mat Diah | Perbahasan sidang DUN Kelantan ke-13 | 5 Mac 2014

Kecoh keluar dari dewan protes speaker, mohon Guan Eng tarik balik perkataan "perompak"

Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 8 - Persembahan Sepahtu

Pertikaian Baiah calon dan pemecatan Husam dari PAS

DUN Kelantan kecoh, Husam diarah keluar dewan

Even Engineers Are Amazed by This 65-Year-Old Master Carpenter’s Invention! Simple Yet Genius!

'Adakah itu abu Chin Peng di dahi anda?'Tajuddin tanya Rayer

WATCH: Trump tours General Motors Milford Proving Ground

Sidang kecoh, Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar dewan

Room Rage: When Hotel Staff Have Had Enough

Malaysia's Mahathir in talks with Putin

Penduduk 'serbu' MBPJ, bantah cadangan bina pusat data di Kota Damansara

Newly-minted Speaker Art Harun boots Khalid Samad from Dewan Rakyat

RCI Tabung Haji: Kalau salah dakwa, hukum penjara! Bukan urusan saya - PM

'Ini hari yang sedih'

My Safe Zone Episode 1 (SUBT)

Dewan kecoh sehingga Speaker Johari terpaksa masuk untuk mengawal keadaan huru-hara

“Don’t hijack the floor,” Deputy Speaker tells Jelutong MP amid shouting match

Kecoh... Hanipa-Khairuddin 'bertegang urat'

