USTAZ WAN JUNAIDI -WAJIB RATAKAN AIR KE ANGGOTA WUDHUK ZHON DAH RATA DIKIRA SAH

WAJIB RATAKAN AIR KE ANGGOTA WUDHUK || ZHON DAH RATA DIKIRA SAH DAN TIDAK DIWAJIBKAN TAHAP YAKIN 1. Syarak wajibkan kita meratakan air ke sekalian anggota wudhuk dengan zhon berat sangkaan dah rata dengan tidaklah diwajibkan atas kita sampai tahap yakin 100% rata air pada wudhuk.Memada sah wudhuk dengan zhon berat sangka bahawa dah rata air. 2. Bila zhon berat sangka dah rata air bermakna ada waham ringan sangka ada kemungkinan kecil air tak rata maka wudhuk itu dah sah kerana dah ikut hukum syarak yang hanya mewajibkan tahap zhon dah rata air maka sah wudhuk. 3. Andaikata dah zhon rata air, rupa-rupanya di sisi tuhan pada hakikatnya ada tempat tak kena air maka wudhuk kita dah sah diterima oleh tuhan kerana kita dah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak yang kira sah wudhuk dengan zhon rata tak wajib yakin 100%. 4. Melainkan nyata pada kita kemudian zhon kita tu salah seperti lepas selesai wudhuk kita perasaan ada sisik ikan di tangan halang rata air maka menurut mazhab Syafie wudhuk tadi belum sah. 5. Berbeza dengan mazhab Hanafi yang kata zhon tu dah memada walaupun ternyata salah kemudiannya. Sekian. Suntingan video dari kuliah kitab Wisyahul Afrah oleh ustaz Wan Junaidi pada 31 Ogos 2020 di:   / 2804033859927331   Tuan-Puan/Saudara-Saudari yang berminat mengikuti kuliah-kuliah asas fardhu ain Tauhid-Fiqh-Tasawuf secara sistematik, berkitab, istiqamah, kerap dan fokus; boleh ikuti di: Rakaman video di Facebook:   / ustaz-wan-junaidi-original-226163664203807   Rakaman audio di Telegram: https://t.me/rakaman_ustaz_wan_junaidi https://t.me/uwjtelegram CR.FaizaI Abu Bakar #ustazwanjunaidi #ustazazhar #ustazmuhaizad #ustazsamsuzaman #ustazbudak #jeramahagama