Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang | Pantai Awam Paling Best di Pahang (4k Video)
Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang terkenal di Pahang. Ia terletak 5 KM dari tengah Bandar Kuantan. Ia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri kerana keindahan pantai serta fasiliti yang disediakan oleh pihak berwajib. Dikatakan pantai ini mendapat nama Teluk Cempedak kerana terdapat banyak tanaman pokok cempedak di kawasan ini pada suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai kemudahan di sini yang dijaga sangat baik. Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin. Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang. Terdapat banyak kedai makan di sini termasuklah McDonald’s, Subway, dan Starbucks. Jika ingin mandi-manda, pastikan bendera merah tidak berkibar. Ini kerana berlaku beberapa kejadian tidak diingini di sini apabila ada pengunjung yang tidak menghiraukan bendera amaran. Jika hanya mahu merakam pemandangan indah, bolehlah menyusuri jambatan merah yang membawa penghujung ke penghujung pantai. Terdapat beberapa buah gazebo untuk anda melepaskan lelah seketika. Satu peringatan, hati-hati dengan monyet-monyet liar yang banyak berkeliaran. Sudah tentu tarikan utama TC adalah pantainya yang cantik dan berpasir putih. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai. Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung. Kebersihan di kawasan pantainya amat dijaga kerana pihak berkuasa tempatan tidak mahu imej destinasi indah yang menghadap Laut China Selatan itu dan kian dikenali dalam pelancong asing terjejas. Untuk kesini, pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. TC juga menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941. Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu. Saban hari pantai ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hujung minggu memang lagi ramai dan menjadi tumpuan warga kota. Boleh katakan di sini antara lokasi santai yang paling disukai oleh orang ramai. #malaysia #fawwazmedia

KUANTAN HIDDEN GEMS | Tarikan yang WAJIB dikunjungi #Malaysia #Kuantan #Pahang #Nanami

JALAN JALAN PANTAI TIMUR 2019 PART 2 Family Days Minhat&Aisah

FLYING OVER PALAWAN (4K UHD) - Calming Music Along With Beautiful Nature Videos - 4K Video Ultra HD

5 - 1 TEMPAT MAKAN BEST di KUANTAN

last minute trip to kuantan 🐚✧˖°

Where to go in Kuantan? Hidden Gems & Must-Visit Spots! 🇲🇾 Local Foods, beaches, wildlife & more

Pulau Babi Besar - Pulau terbaik untuk HEALING kat Johor! ada BABI ke?

UNREAL NORWAY 4K | Nature Beyond Imagination

Kuantan City 2025, Pahang, Malaysia

Music of Underwater Wonders + Relaxing Music - The Best 4K Sea Animals for Relaxation

Teluk Cempedak | Kuantan

Kuantan: bandar pantai timur yg underrated!

This City Of Kuantan Malaysia Is Not What I Expected!!

Via Ferrata di Kampung Paling Cantik Malaysia, Pulau Tioman | EP1 Merdeka Series

Best Night Market in Kuantan 🇲🇾 | Pasar Malam Indera Sempurna Street Food!

Japan Scenic Drive 4K | Aso Panorama Line & Yamanami Highway | Mt. Aso - Chojabaru - Yufuin - Beppu

Impossible Philippines | The Most Surreal Places in the Philippines | 4K Documentary

Teluk Cempedak Kuantan Pahang

FLYING OVER MALLORCA (4K UHD) - Relaxing Music Along With Beautiful Nature Videos - 4k ULTRA HD

