Masjid Negara Kuala Lumpur | National Mosque Kuala Lumpur | Baikpulih Bumbung 2022 (4k Video)
Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah. Masjid Negara terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk. Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara. Sebelum terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (dari United Kingdom) and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol. Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka. Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang. Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Abbasiyah/Turki Usmaniah masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan. Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden. #malaysia #fawwazmedia ------------------------- Cinematic Epic Emotional | EGLAIR by Alex-Productions | / @alexproductionsnocopyright Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/ Creative Commons CC BY 3.0 https://creativecommons.org/licenses/...

10 Most Amazing and Beautiful MOSQUES in Malaysia You Must Visit 🇲🇾 | Masjid Tercantik Di Malaysia

Putrajaya Malaysia Drone View.

Mawlana Hazar Imam’s Pakistan Visit – Didar Mubarak (May 20–26, 2026)

MALAM DI KUALA LUMPUR SERASA NEGARA MASA DEPAN – GEMERLAP LAMPU & TEKNOLOGI MODERN

National masque in Malaysia 🇲🇾 visit in January 2025 #followforfollowback #freiends #viral

masjid negara KUALA LUMPUR (3)

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

Kuala Lumpur - Tempat BEST & MENARIK area KL yang jarang orang pergi!

Hidayah & Mujeeb Nikkah 18.02.2017 Arafath video

IKN SEMAKIN JOS❗️Hari Raya Idul Adha di Masjid Negara IKN Dipadati Jemaah Dari Berbagai Pelosok

Azan Madina (Call to prayer) | Muhammad Marwan Qassas | Masjid Al Nabawi #azan #adhan

Kuala Lumpur, Malaysia 🇲🇾 in 4K ULTRA HD 60FPS video by Drone

Ini Asal Usul Idea Rare Kubah Masjid Negara

Wonders of Malaysia | Most Breathtaking Places to Visit in Malaysia 4K

10 Most Beautiful Mosques in Indonesia | One Mosque Was Built with the Help of Jinn

20 Things to know BEFORE Vistiing Malaysia in 2026 🇲🇾

KEUNIKAN DAN KEMEWAHAN MASJID NEGARA | berjaya menarik hati ribuan pelancong muslim dan non muslim

UKM BANGI CAMPUS TOUR

4K walk to Twin Towers | Kuala Lumpur, Malaysia

