'Saya akan terus simpan baju itu' - ibu Allahyarham Sandra
"Saya akan terus simpan baju itu," kata Nur Syakinah Abdullah, 46, ibu kepada peserta program realiti Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne, 26 yang meninggal dunia hari ini selepas terbabit kemalangan jalan raya Sabtu lalu. Menurut Nur Syakinah, sepatutnya Sandra memakai baju panjang berwarna kelabu untuk persembahan Ahad ini. Selain itu, Nur Syakinah memberitahu arwah sedikit 'down' dengan persembahan nyanyian lepas namun keluarga dan rakannya tidak henti-henti memberi kata-kata semangat. Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia hari ini akibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu. ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like / harianmetro Please follow / hmetromy And also our / hmetromy
