Sembang Santai: Persediaan Sebelum, Semasa & Selepas Temuduga | Tugasan Individu KOPA PRADIP 2026

Video ini merupakan tugasan individu bagi Kelas Komunikasi & Pengucapan Awam (KOPA) PRADIP Ambilan Ogos 2026, Kolej UNITI Port Dickson. Dalam tugasan ini, pelajar diminta untuk bercakap dalam suasana sembang santai bersama ahli kumpulan tentang persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Walaupun dilaksanakan dalam setting perbualan berkumpulan, setiap pelajar dinilai secara individu berdasarkan cara mereka menyampaikan idea, memberi pandangan, menyusun isi dan berkomunikasi dengan yakin. Tugasan ini bertujuan melatih pelajar untuk bercakap secara natural, aktif dalam perbincangan, memberi respons yang sesuai, menggunakan bahasa yang jelas serta memahami etika dan persediaan penting menghadapi temuduga. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat melihat bahawa komunikasi berkesan bukan hanya berlaku di atas pentas, tetapi juga dalam situasi perbualan sebenar seperti temuduga, perbincangan kerja dan interaksi profesional. #KOPA #PRADIP #PRADIPKUPD #KOPAAmbilanOgos2026 #KolejUNITIPortDickson #KomunikasiDanPengucapanAwam #Temuduga #TipsTemuduga #SembangSantai #PublicSpeaking #PelajarKUPD #BerilmuBerakhlakBerbakti