Operasi Penguatkuasaan di Kuala Nerus, Setiu & Besut
𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨, 𝗢𝗣𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔 & 𝗢𝗣𝗦 𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦, 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗨, 𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan Ops Sapu, Ops Belanja dan Ops Mahir di sekitar Kuala Nerus, Setiu dan Besut dengan memberi tumpuan kepada premis perniagaan, kilang serta penempatan pekerja asing. Dalam operasi tersebut, sebanyak enam premis telah diperiksa melibatkan 97 individu yang menjalani semakan dokumen dan status imigresen. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 33 lelaki dan seorang remaja lelaki berusia antara 17 hingga 48 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas. Tiga Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut. Pemeriksaan dijalankan di sekitar sebuah kedai menjahit di Wakaf Tembesu, sebuah kilang di Gong Medang, sebuah rumah pekerja ladang di Kampung Gong Batu, selain beberapa premis lain di Kampung Tok Jiring dan Batu Rakit, Kuala Nerus. Tangkapan tertinggi direkodkan di sebuah rumah pekerja ladang di Kampung Gong Batu, Permaisuri melibatkan 21 individu, diikuti sebuah kedai menjahit di Wakaf Tembesu dengan sembilan tangkapan serta sebuah kilang di Gong Medang yang menyaksikan empat tangkapan. Kesemua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #BahagianPenguatkuasaan #JIMTerengganu #OpsSapu #OpsBelanja #OpsMahir #KualaNerus #Setiu #Besut

OP MEGA | Imigresen Serbu 16 Lokasi, Tahan 503 Warga Asing (BU)

801 warga asing didakwa, kompaun cecah RM10 juta

Serangan Lapangan Terbang Sanaa Dikhuatiri Cetus Pergolakan Lebih Besar| Buletin Pagi, 14 Julai 2026

Ops Gegar: JIM KL tahan 60 individu, bongkar pusat hiburan tanpa lesen
![[TERKINI] DAP Melaka dijangka umum keluar Kerajaan Negeri](https://i.ytimg.com/vi/zSHlBhgBBko/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDz7HBtjvcy8BAQwiZyHfa1mO1-kw)
[TERKINI] DAP Melaka dijangka umum keluar Kerajaan Negeri

JIM gempur hot spot warga asing di Klang, lebih 1,000 diperiksa ketika santai hari minggu

Too Pretty To Handle Podcast :EP 25 (PART 2):Thalita bantu keluarga. Shuib hutang sehingga RM15 Juta

200 Individu Diperiksa di Pelangi Damansara, Warga Asing Disyaki Langgar Undang-Undang Imigresen

‘Doa makbul’ - Akmal sambut keputusan DAP keluar kerajaan
![[LANGSUNG] Perkembangan Politik di Melaka: Sidang Media DAP | 14 Julai 2026](https://i.ytimg.com/vi/S8oKyemwhtY/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCu1a0JrEWoB_IP1LZ1j6gGTIkz-g)
[LANGSUNG] Perkembangan Politik di Melaka: Sidang Media DAP | 14 Julai 2026

Between Strip Club and Police Raid | Frankfurt Red Light District (4/5)

Dakwa mohon kad UNHCR, pasport tamat tempoh: 52 PATI dicekup dalam Ops JIM Selangor

80 Times Sea Animals Messed With The Wrong Opponent

Imigresen Gempur Kuala Lumpur: 60 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Dalam Operasi Besar-Besaran

Ein Hawd: The ethnically cleansed Palestinian village that became an Israeli artists' colony

Russian oligarchs & London's criminal underworld: Fareed explores

DSA & Justice Democrats on Changing the Democratic Party, Mamdani, Gaza & More

