Nasi Ayam yang sangat sedap ! dengan 5 rempah istimewa
Untuk merakamkan video masakan merupakan cabaran yang sangat hebat. Kita kena mengejar masa dan faktor cahaya adalah yang cukup sukar terutamanya bila cuaca yang tidak menentu. Pagi cantik je.. dengan panas sang suria.. tiba-tiba mendung , di tambah hujan yang mencurah-curah serta kilat sabung menyabung membuat kan adio rakaman sedikit terganggu. Lagi pula rumah ita yang agak kurang pencahayaan.. bila hujan lagi gelap dan sukar nak ambil video. Johor Bahru - Pagi panas, mendung serta hujan dan ribut petir di sebelah petang Hari ni ita nak kongsikan cara menyediakan nasi ayam yang boleh ita katakan original juga menggunakan 5 rempah yang kita boleh sediakan sendiri di rumah. Kalau nak beli yang dah siap pun ada jual. Tapi mungkin sukar bagi sesetengah daripada kita nak dapatkan 5 spicess atau 5 rempah tersebut. Kalau pergi ke pasaraya besar insyaallah ada.. Jom ita kongsikan resepi cara buat nasi ayam, rosted chicken, rempah perapan istimewa dan sos untuk di makan bersama nasi ayam. Hidangan lengkap dan lazat ni harus di cuba ! sedap tau! cara masak sila rujuk video NASI AYAM STOCK AYAM 1 ekor ayam Halia bawang putih daun bawang air secukup untuk merebus ayam garam Rebus ayam 30 minit kemudian toskan ayam hingga kering ROSTED CHICKEN 5 SPICES Pepper flower Ketumbar Kulit kayu manis Bunga cengkih bunga lawang 4 s/b madu 1/2 cawan kicap pekat 1/4 cawan sos tiram 1 s/b 5 spices 1 s/t lada sulah Halia kisar bawang putih kisar garam gula perang minyak bijan buat 5 spices dulu kalau dah beli yang siap tak perlu buat satukan semua bahan kecuali minyak bijan sorry dlm video terskip halia dan bwg putih masa nak buat stock tu halia dan bawang putih tu ita bahagi 2 , separuh untuk stock dan separuh untuk perap ayam. kalau nak mudah blend terus halia dan bawang putih tu banyak. Sebab nanti nak guna untuk buat sos jugak. Biasa ita buat macam tu... tapi ni buat video kena tunjuk satu-satu sebab nanti ada pulak yang kata tak faham Bila ayam dan kering salut atau lumur bahan perap pada ayam. Perap lagi 3 jam lepas tu bakar. Baki perapan tu buat sos kicap untuk curah atas ayam. Masuk dalam kuali tambah minyak bijan dan masak kalau pekat sangat tambah stock ayam sikit. NASI Beras - cuci dan toskan ( ikutlah bayak mana ) Lemak ayam - ambil lemak dari ayam , kat bahagian leher ke , dada ke.. kepak ke.. bawang putih halia - hiris 1 helai daun pandan stock ayam secukupnya untuk tanak nasi minyak bijan panaskan lemak hingga keluar minyak tambah minyak bijan Masukkan halia, bawang putih daun pandan masukkan beras dan goreng masuk dalam periuk letak stock ayam dan garam dan tanak asi macam biasa. SOS CILI bawang putih halia cili merah cili padi stock ayam garam dan gula jus limau kasturi cara penyediaan rujuk video SOS HALIA halia bawang putih daun bawang cuka minyak bijan garam dan gula cara penyediaan rujuk video Sukatan bahan tu agak-agak lah ya.. ikut banyak mana nak masak yang kak ita masak dalam video tu boleh makan untuk 5 orang terima kasih sudi menonton, terima kasih atas sokongan. Jangan lupa like, subscribe dan tekan butang loceng untuk menjadi mereka yang awal tau video terbaru kak ita. Sokongan anda amat di hargai terima kasih

ROTI SARDIN GORENG DORAYAKI‼️ Menu sedekah masjid

Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara

Nasi Ayam Hainan | Resepi Asli & Terbaik!

Mee Badung Muar Asli memang sedap!

Rural Life IRAN | Authentic Chicken Thighs & Fragrant Saffron Rice Meal

Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam Hainan Sebenarnya|

Daging salai masak lomak cili api, bawal goreng dan sambal mangga muda.

Soto yang sangat sedap dengan nasi impit yang lembut

Resepi Daging Goreng Thai Sedap Dan Simple seperti di Thailand

【INDO DUB】Suamiku sibuk PDKT sama rekan kerja, aku malah berhasil menaklukkan konglomerat terkaya! 😈

Resepi Kuah Kacang Satay Paling Sedap (Sesuai Untuk Raya & Niaga!)

Daging Masak Hitam ala kenduri | sedap sangat

6 JAM MASAK IBU SAMBAL NASI LEMAK UNTUK BERNIAGA ‼️

Most Famous Afghanistan Street Food Compilation | Top 3 Videos Collection

Nasi Ayam Penyet Sedap, Tak Sabar Tunggu Azan

Lamb Chop and the gang Sedapnya hingga menjilat jari 😋

Laksa Penang power‼️ memang kena cari orang Penang jugak ‼️
![Rendang Tok resepi tradisi Perak [English subs available]](https://i.ytimg.com/vi/5L77hOwAemo/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLC9J0HJE0YJgdihihwVw5aUJqT5sQ)
Rendang Tok resepi tradisi Perak [English subs available]

Ayam Masak Bawang Mamak/ sedap giler menambah Nasi🥰/ Onion Chicken|வெங்காயம் கோழி

