Kisah Hidup Biduanita Miss Fadillah #RatuMikrofonMalaya
Lagu-lagu nyanyiannya yang dirakamkan ke piring hitam atas label COLUMBIA pasti mendapat sambutan yang hangat. Suaranya yang merdu telah memikat hati para penggemar muzik sehingga dia digelarkan "Malayan Microphone Queen". Inilah dia Miss Fadillah, Ratu Mikrofon Malaya dari syarikat rakaman piring hitam Columbia Singapura. Beliau merupakan penyanyi wanita yang popular pada penghujung tahun 1930an. Beliau adalah antara penyanyi Wanita terbaik Malaya ketika itu dan sangat popular sebaris dengan Miss Tijah, Miss Julia dan Miss Dinah. Dilahirkan di Singapura pada tahun 1919 dengan nama Fedela Tagarino. Beliau adalah berdarah serani di mana ayahnya berbangsa Filipina manakala ibunya berketurunan Portugis Melaka. Pada tahun 1932, beliau yang pada ketika itu berusia 14 tahun telah mendirikan rumahtangga dengan seorang jejaka yang bernama Nerva Fautiono Antonio. Antonio pada ketika itu berusia 21 tahun. Penglibatan awal Miss Fadillah dalam bidang seni berkemungkinan besar didorong oleh persekitaran beliau yang berada dalam lingkungan komuniti bangsa Filipina yang cukup terkenal dengan kemahiran dalam bidang muzik di Singapura ketika itu seperti keluarga Soliano dan ramai lagi. Pentas-pentas cabaret di Singapura sekitar tahun 30an hingga 50an banyak dianggotai oleh pemuzik berbangsa Filipina. Ternyata kerjaya seni Miss Fadillah semakin menyerlah setelah beliau berkahwin. Nama pentasnya yang pada asalnya ialah Miss Fedela telah menjadi Miss Fadillah. Miss Fadillah berkemampuan untuk menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai rentak dan bahasa. Beliau mampu bernyanyi lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog, Cina dan Sepanyol. Pada penghujung tahun 30an, Beliau merupakan biduanita yang sering diundang membuat persembahan di pentas-pentas cabaret ternama di Singapura ketika itu seperti Great Wall dan New World. Selain daripada menyanyi, beliau juga mampu menari pelbagai jenis tarian seperti tarian traditional Jawa iaitu Srimpi, tarian Bali, tarian India dan tarian Cina. Populariti Miss Fadillah di pentas cabaret telah menarik minat syarikat rakaman Columbia melamar beliau untuk merakamkan lagu ke piring hitam. Antara lagu-lagu yang telah dirakamkan oleh beliau ialah Lintasan Kaseh, Dagang Sulong, Dunia Sekarang, Nasi Lemak, Keroncong Columbia, Keroncong Sweet Fadillah, Ubi Potato, Memang Sengaja dll. Setiap rekod piring hitam nyanyian beliau yang dijual mendapat sambutan yang hangat. Beliau seterusnya sering mendapat slot nyanyian langsung selama 20minit di stesen Radio di Singapura yang siarannya ke udara untuk seluruh Malaya. Menjelang tahun 1941 ketika dunia sedang dalam bibit-bibit awal peperangan, Miss Fadillah merupakan artis popular terpaling ke hadapan yang terlibat dalam acara-acara amal bagi mengumpul Dana perang untuk menyokong kerajaan British Malaya menghadapi perang dunia ke-2. Hinggakan beliau turut merakamkan sebuah lagu berjudul KEBUASAN HITLER sebagai salah satu lagu propaganda. Promosi lagu tersebut turut dimuatkan di dada-dada akhbar ketika itu. Sewaktu penjajahan Jepun ke atas Malaya, Miss Fadillah telah ditahan selama 1 Minggu oleh tentera Kempetai Jepun untuk disoal siasat berkenaan lagu KEBUASAN HITLER dan tuduhan menjadi agen rahsia kepada tentera Force 136. Peristiwa penahanan beliau ini terjadi sewaktu Mr Hando, iaitu pegawai tentera Jepun yang amat meminati Miss Fadillah berangkat ke Sumatera. Miss Fadillah dibebaskan dari tahanan selepas 1 minggu manakala suaminya yang masih berada di dalam tahanan berjaya melarikan diri tetapi dapat di Tangkap semula. Walaupun pihak tentera Jepun mencurigai beliau, namun, lantaran kepopularan Miss Fadillah, beliau telah dipanggil untuk menjadi penyanyi Pembukaan tayangan filem propaganda Jepun yang berjudul ON TO SINGAPORE pada tahun 1943. Hal ini bagi menarik minat warga Malaya untuk menonyon filem propaganda Jepun tersebut. Zaman pemerintahan tentera Jepun di Malaya merupakan tempoh getir untuk semua orang. Miss Fadillah yang terpisah dengan suaminya angkara tentera Jepun terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk meneruskan hidup. Keberadaan suaminya yang tidak diketahui sama ada hidup atau mati telah menyebabkan Miss Fadillah berkahwin sekali lagi dan menetap di Petaling Jaya. Setelah berpuluh-puluh tahun sepi dari dunia seni, Nama Miss Fadillah tiba-tiba menjadi tajuk berita pada bulan April 1971. Berita tentang pertemuan semula antara beliau dengan suami pertamanya setelah 26 tahun terpisah angkara perang. Suaminya berjaya melarikan diri dari tahanan tentera Jepun sebanyak 3 kali. Akibat perang, mereka berdua terputus hubungan. Sesungguhnya Miss Fadillah adalah wira yang tidak di dendang, jasanya dalam membantu tentera British Malaya untuk menghadapi perang dunia ke2 memang patut dikenang. Ibarat bait-bait lirik lagu PERWIRA nyanyian Puan Sri Saloma "Kekanda di medan perang, adinda di medan seni, Sama-sama berjuang, Sama-sama berbakti untuk ibu pertiwi".

AJ Styles On Retirement, Gunther, Hall Of Fame, John Cena, One More Match?

ញ៉ឹប កូវីត ft. ង៉ា ស្រីណាន - X Factor Cambodia Season 2 - The Six Chairs Challenge - Week 1

Happy old age of an elderly couple far from civilization. Apricot season

How Wheel Rims are Made in Small Factories - Complete Manufacturing Documentary 🇵🇰

Inside Taiwan’s Busy Eateries: 300 Bowls of Pork Chop Fried Rice, Chili Oil Wontons & Beef Hot Pot

🔥HARASHTA HAIFA ZAHRA (INDONESIA). FULL PERFORMANCE🔥

Ben Wikler - “This Is The Plan” & Taking On Elon Musk In Wisconsin | The Daily Show

How Arctic Nomads Bathe and Stay Clean at −40°C | Deep in Russia's Arctic Wilderness

A 65-Year-Old Carpenter’s Amazing Invention That Billions of Engineers Don’t Know About!

Before You Trash Your Old PC Power Supply... Build This!

Introvert House with Beautiful Tropical Garden

How to Make a Wristwatch | SWR Craftsmanship

INDONESIA MENUJU KRISIS PEKERJAAN?

Róna Dániel: Ha valaki szerint Polgár Judit egy báb, az nem ismeri az életútját

PRN NS: Jangkaan pertama - BN menang majoriti mudah, PN merosot teruk, BN & PH dominasi pilihan raya

Barbarische Hinrichtung von Nazi-Deutschlands General, der nackt mit Klavierdraht gehängt wurde

I Repaired the Broken Swing Gear which no Mechanic Repairs |Give your Opinion by Watching the Video

Shahidan Kassim: Lawan cara anak jantan di gelanggang, jangan main ugut ugut, jangan cari pasai

Luxury retirement in Turkey: Why German pensioners are emigrating | Report

