JKDM TUMPASKAN SINDIKET ROKOK SELUDUP,RAMPASAN LEBUH RM807,000

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok seludup menerusi empat siri operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Terengganu dan Kelantan dengan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM807,718.12, termasuk duti dan cukai.