SAWAH SYURGA WANG NERAKA - FILEM PENDEK LMCW2152 KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (TUGASAN VIDEO PSA)

LMCW2152 KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) SET 47 | KUMPULAN 2 Karya: "Sawah Syurga, Wang Neraka" (Video PSA Antirasuah) Tema: Keluarga Bahagia Tanpa Rasuah Di bawah seliaan: • Dr. Daniella Maryam binti Mohamed Mokhtar • Dr. Muhammad Ajib bin Abd Razak ------------------------------------------------------------------- 📌 SINOPSIS EKSEKUTIF: Naskhah Video Pengumuman Awam (PSA) ini mengupas konflik integriti, penyalahgunaan kuasa, dan kesan domino jenayah rasuah yang mampu meragut kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan serta komuniti setempat. Kisah ini berpusat kepada watak utama, Mansur, seorang Penolong Pegawai Tanah yang tergamak mengkhianati amanah awam dengan memanipulasi data sistem bagi menukar status tanah rizab pertanian yang subur di Sekinchan kepada "Tanah Mati". Tindakan tersebut dilakukan atas rasionalisasi “Demi Kesenangan Keluarga”, bagi meluluskan projek resort mewah untuk mengejar ganjaran materialistik peribadi. Namun, mereka lupa bahawa kebahagiaan keluarga yang hakiki tidak boleh dibina di atas rezeki yang batil. Limpahan "Wang Neraka" tersebut akhirnya menjadi racun yang meruntuhkan kedamaian sebuah "Sawah Syurga" yang memecahbelahkan keharmonian adik-beradik, merosakkan nilai moral, dan meragut ketenteraman jiwa mereka. Ketika yang lain mula buta mata dan hanyut dalam kemewahan haram, Adit, seorang mahasiswa UKM, bangkit memilih jalan yang benar. Berbekalkan prinsip integriti dan akauntabiliti, beliau tekad membongkar penipuan dokumen abangnya demi menyelamatkan sosioekonomi penduduk kampung serta mengembalikan maruah keluarganya. Video PSA ini menjadi refleksi mendalam bahawa kebahagiaan keluarga yang sebenar hanya akan wujud melalui rezeki yang berkat tanpa rasuah. ------------------------------------------------------------------- 👥 TENAGA KERJA & KLASIFIKASI WATAK (KUMPULAN 2): • HAFFIZ sebagai Mansur • ALJAZIRA sebagai Adit • DURRANI sebagai Angah • ANIS ELYANA sebagai Anis • ILYANIE sebagai Ilya • NAJMIE sebagai Ucu • WAQI sebagai Waqi ------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------------------------------- 🎵 HAK CIPTA AUDIO & AUDIOVISUAL: Semua hak cipta kembali kepada pemilik asal Lagu / Muzik Latar (Background Music): 1. Tajuk: Awan Nano • Artis: Hafiz Suip • Pemilik Asal / Sumber:    • Aku Jeje - Lihat Kebunku (Taman Bunga) #ly...   2. Tajuk: Lihat Kebunku (Taman Bunga) • Artis: Aku Jeje • Pemilik Asal / Sumber:    • Aku Jeje - Lihat Kebunku (Taman Bunga) #ly...   Paparan Video Sawah (Drone Footage): • Hak Cipta Asal: LENSA AZMISHARIF • Pautan Video Sumber:    • Free Drone Footage | SEKINCHAN Padi Fields...   • Pautan Saluran YouTube: https://bit.ly/3rq7pJQ ------------------------------------------------------------------- 🏡 PENGHARGAAN LOKASI PENGGAMBARAN: Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan lokasi atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi penggambaran video PSA ini dijalankan: • Homestay Shahjehan, Sungai Besar • Homestay Jalan Lintang Parit 4 Timur, Sungai Besar DISCLAMER‼️ Segala audio, muzik latar, dan klip video luaran yang digunakan dalam video PSA ini adalah bagi tujuan pembelajaran dan penilaian akademik (Fair Use) semata-mata, tanpa sebarang niat komersial. ------------------------------------------------------------------- PENGHARGAAN: Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Dr. Daniella Maryam Mokhtar dan Dr. Muhammad Ajib selaku Pensyarah Penilai Kursus Integriti & Antirasuah (LMCW2152) Set 47, Universiti Kebangsaan Malaysia, serta seluruh komuniti yang memberikan kerjasama sepanjang fasa produksi dijalankan. #KIAR #UKM #LMCW2152 #Set47 #Kumpulan2 #Integriti #Antirasuah #SPRM #MalaysiaMadani #SawahSyurgaWangNeraka #VideoPSA #PendidikanIntegriti #KeluargaBahagiaTanpaRasuah