Rahsia pemakanan ikan keli cepat besar cara Haji Bahari

#ikan #ikankeli #catfish #keli Assalamualaikum salam kasih sayang buat semua sahabat subscriber yang berterusan support chanel saya, Alhamdulillah dan terima kasih, semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aminn Perkongsian kali ini mengenai penternakan ikan keli yang dijalankan seorang bekas pemain bola sepak Terengganu tahun 1970an iaitu Haji Bahari Ahmad di Kampung Bukit Guntung, Manir, Terengganu. Pada perkongsian ini, Haji Bahari akan berkongsi mengenai pengalamannya menternak ikan keli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada Mac 2020. Bermula daripada situ, dia menternak lebih 300 ekor ikan keli di dalam kolam renang milik cucunya dan sehingga kini memberikan hasil yang lumayan. Ikan keli milik Haji Bahari semuanya bersaiz besar dan paling kecil seberat 1 kilogram manakala paling besar lebih 7 kilogram. Jom kita saksikan perkongsian Ahmad kali ini seterusnya mengetahui rahsia pemakanan ikan keli yang dipraktik Haji Bahari sehingga ikan-ikan keli diternak semuanya bersaiz besar seperti ikan keli di Sungai Mekong,Vietnam. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat buat semua 🤲🏻🥰, selamat menonton …