KES MAHKAMAH MAT SABU - ISU KOMUNIS BUKIT KEPONG [ 16 Jan 2015]

Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 26 Februari depan bagi menyambung semula kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu, setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk memberi keterangan.