Trip KL - Sekinchan - Selesa Homestay Sg Besar
Assalammualaikum, hai anda semua! Pada 12/11/2024 kami sekeluarga buat satu trip mengejut untuk ke Sg Besar menikmati homestay di tengah sawah padi, abang memilih Selesa Homestay untuk dijadikan penginapan kami 1 hari 1 malam, walaupun sebenarnya tak cukup, haha.. Sebenarnya ini seperti acara tahunan kami sekeluarga akan ke Selangor bahagian sawah untuk menikmati keindahan bendang yang terbentang luas. Tahun lepas di Sekinchan, tahun ini di Sg Besar, tahun depan? Entahlah. Kami bertolak lebih kurang jam 11 pagi begitu.. Sebelum sampai di Sg Besar, kami singgah di beberapa tempat menarik. Kami singgah di Restoran Dangau Rimba Ikan Bakar, Tanjung Karang, Selangor. Fuh.. kali kedua singgah sini, memang sedap masakan Melayu. Penuh lauk pauk, ada sayur, kuah gulai, ikan bakar, ayam bakar, daging salai. Sedap! Kemudian saya ke Sekinchan untuk menikmati padi di sana. Sebelum ini ada saya pergi dalam bulan 30/10/2024, masih lagi ada yang hijau. Sajalah singgah nak tengok, berhenti di Villa Chee nak tengok kawasan bergambar yang baru siap. Ada tangga pelangi, ada rumah cantik, buaian dan banyak lagi. Tengah jalan hendak ke Kapal Terbang Sekinchan, nampak jentera sedang lalukan proses tuaian padi, menarik! Nampaklah bagaimana padi dialihkan dari jentera tuai ke lori isi padi tu. Depan mata! Kami orang KL ya, nampaklah macam orang bandar masuk kampung, haha. Kami singgah di Wisma Masri untuk membeli kerepek dan merasai bahulu panas-panas. Macam-macam perisa ada! Disitu juga ada kilang pemprosesan bahulu. Dari bancuhan, adunan, loyang sehingga bakar. Boleh makan bahulu keluar dari oven! Seperti biasa, kedai wajib, Drive Thru Coconut Shake di Tanjung Karang. Nampak macam pelik sikit, berlegar Sekinchan, Tanjung Karang kemudian naik semula ke Sg Besar, haha. Disebabkan nak juga Coconut Shake tu, gigihlah juga pergi pusing. Sebenarnya tidaklah jauh mana pun, berlegar kawasan situ juga. Akhirnya sampai di Selasa Homestay Sg Besar. Wow! Memang cantik, menarik, indah suasana di Selesa Homestay! Swimming pool ada dalam rumah! Ini lain macam! Apa yang bagusnya swimming pool dalam ini, kelebihan buat wanita yang nak jaga aurat dan kelebihan buat kami nak mandi pagi petang, siang malam, hujan panas! Homestay ada 3 bilik tidur, 3 bilik air, ada tilam tambahan. Bagi saya keperluan semua mencukupi. Dapur, peti sejuk semua ada. Siap bagi pancing lagi! Petang kami ke Pasar Selasa di Stadium Besar Sg Besar. Macam-macam ada, makanan pun boleh tahan. Saya beli Kebab Pita tu, uishhh.. lama tak makan. Ada kuih Vadei, Putu Mayam. Saya juga ada beli roti RM1 saja, murah nauu! Balik homestay, tunggu sekejap, saya ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Jumpa orang kampung yang berbahasa Jawa. Pakcik itu ada cakap "Maaf ya, kami memang cakap Jawa, rasa segan nak cakap luar..". Haha, saya gelak, cakap "Ehh tak apa.. boleh dengar orang cakap Jawa..". Balik saya makan ubat panadol sebab demam dari semalam, terus tidur. Dalam fikiran, dah nampak pancing dan cengkerik.. Kalau nak tahu aktiviti apa saya buat keesokan paginya, keindahan apa yang saya menikmati. Jumpa hari ke 2, bye!

Trip Menarik TERENGGANU : MAKAN, VILLA, PANTAI dan CAFE ESTETIK

30 Days To Build A Stunning Outdoor Staircase For A Forest Farm | Building Darm in Forest

TERATAK KAYU Sungai Besar | 20 Pax | FULL REVIEW

Trip KL - Sekinchan - Bagan Datuk - Teluk Intan

🌾 Ada Apa Kat Sungai Besar? Hidden Gem Selangor Hanya 1 Jam 45 Minit Dari KL 🇲🇾

God Says:"TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY, BECAUSE ONLY YOU ARE SEEING IT"/God Message Now/God Message

I 100%'d the Backyard Nuclear Bomb Building Game

Macam Mana Saya Buat RM20 Ribu Sebulan Dengan Sebuah Homestay?

Destinasi Small Towns: Kluang

Sekinchan, Selangor | 12 tempat menarik yang wajib singgah dalam 3 Hari 2 Malam

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

Batam & Bintan Indonesia Travelog

7 tempat MAKAN BEST di SEKINCHAN & SUNGAI BESAR

ROADTRIP KE KUALA KUBU | Jalan-Jalan Makan-Makan

Trip Selesa Homestay Hari 2 - Kuala Lumpur

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

" NI BUKAN DI BALI..BUKAN LANGKAWI..Tapi View Dia MasyaAllah Cantik..Singgah LOTENG CAFE KUANTAN

Cuma 1 jam dari KL camping tempat BEST ada Air Terjun | sungai sendat Batang Kali

HOMESTAY ADA KOLAM RENANG !!! 4 BILIK TIDUR ?? | PEMANDANGAN SAWAH

