BERITA+ Feature | 27 Okt 2024 – Koleksi piring hitam

Hobi mengumpul piring hitam atau 'vinyl' kian menjadi trend kini. Menurut satu laporan, penjualan piring hitam mencatatkan nilai lebih AS$1.5 bilion tahun lalu dan dijangka mencecah AS$2.4 bilion menjelang 2030. Trend tersebut mendorong syarikat Mosta Records untuk menganjurkan konvensyen 'vinyl' yang pertama di SG pada 2 November.