SEHARI BERSAMA KOMUNITI KG BULUH NIPIS 2018

PERASMI ; YB. DATO' SRI HJ. HASAN BIN ARIFFIN AHLI PARLIMEN ROMPIN    • Permata Etnik 2020   PANITIA SEJARAH SK BULUH NIPIS (Sekolah Murid Asli) ,RPS Buluh Nipis,Muadzam Shah,Pahang Tahun 1960-1969 Sekolah pertama didirikan oleh pihak JHEOA ( JAKOA ) di Sungai Nyunyau. Bersebelahan sekolah didirikan klinik desa dan kuarters guru. Jalan perhubungan waktu itu menggunakan bot untuk ke Kampong Aur atau ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 2 hari. Guru awal yang bertugas ialah Cikgu Chumpak, Cikgu Nyulam, Cikgu Ahmad, Cikgu Senah, Cikgu Ali dan Cikgu Ani. Tahun 1970-1982 Pada tahun 1970, telah berlaku bencana banjir yang besar, seluruh perkampungan sekitar jeram ditenggelami air, sehinggakan sekolah tersebut dibawa arus deras. Ketika itu sekolah sudah tidak beroperasi selama 12 tahun. Tahun 2004-2016 Pada tahun 2004, SK Buluh Nipis telah menerima Guru Besar baru iaitu En. Mohd Alias Bin Musa. Pada tahun yang sama juga bangunan baru yang terdiri daripada 2 blok bangunan 3 tingkat telah pun siap dibina dan bermulanya juga kelas tahun 4. Selang dua tahun berikutnya, SK Buluh Nipis mula memperolehi calon dalam UPSR. Pada tahun 2006 juga pencapaian calon dalam UPSR telah mendapat keputusan tempat ketiga kebangsaan dengan peratusan 66.67%. Guru Besar SK Buluh Nipis En. Mohd Alias bin Musa telah bersara pada 7 Julai 2016 Pada September 2016 sekolah menerima gurubesar baharu Encik Junaidi Bin Abas dari Jerantut.Kebitaraan catur diteruskan oleh beliau dengan aktiviti catur seperti Pertandingan Catur Sk Buluh Nipis 2016, menghantar wakil sekolah ke Kejohanan Catur Terbuka Pahang dan Klinik Catur bersama FM Ismail Ahmad. 1 murid 1 sukan.