[CLIP] 7 Hari Mencintaiku 2 : Ep 32 - Pergi Mia, Abang Tak Nak Tengok Muka Mia Dah... | Tonton

Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di https://browse.tonton.com.my/shows/7-... [CLIP] 7 Hari Mencintaiku 2 : Ep 32 - Pergi Mia, Abang Tak Nak Tengok Muka Mia Dah... | Tonton Mengisahkan kebahagiaan Mia Adriana dan Khuzairi yang kembali diuji tatkala Mia hamil anak kedua, apabila Puan Hayati dan Dato’ Johari muncul dengan dendam serta muslihat yang mengeruhkan hubungan keluarga. Puan Hayati bijak menabur fitnah dan memanipulasi keadaan sehingga Mia termakan hasutan, manakala Syakila cuba mendekati Khuzairi semula dengan alasan mahu bekerja di kliniknya. Dalam masa yang sama, konflik lain turut tercetus apabila Nadia memutuskan pertunangan dengan Zaidi kerana terpikat dengan Fariz, Helmi menceraikan Sofi atas alasan tidak dikurniakan zuriat dan mahu berkahwin lain, sementara Nurul Ain pula hadir mencuri perhatian Mak Leha. Fitnah demi fitnah dirancang, termasuk tuduhan palsu terhadap Pak Samad, semuanya demi memporak-perandakan rumah tangga Mia dan Khuzairi. Persoalannya, mampukah cinta dan kepercayaan Mia serta Khuzairi bertahan dalam badai hasad dengki dan perancangan jahat yang tidak pernah berkesudahan? Pelakon: Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Fadilah Mansor #7HariMencintaiku2