Ni Apa Nak Masuk PRN Johor Senyap Je? Apa Panduan Terbaru Kepada Ahli & Penyokong BERSAMA?
๐ก๐ ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ก๐ฌ๐๐ฃ ๐๐? ๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐? Minggu ini, genap sebulan BERSAMA hadir di pentas politik negara. Terima kasih kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang menjadi ahli BERSAMA dalam tempoh sebulan, dan puluhan ribu lagi yang membantu memperkenalkan BERSAMA di media sosial. Tanpa anda semua, BERSAMA tidak sampai ke tahap sekarang. Satu kelebihan BERSAMA ialah ahli-ahlinya yang proaktif. Mereka membuat kandungan, mempromosi BERSAMA tanpa arahan dan imbuhan. Cuma ada satu cabaran bila ahli-ahli BERSAMA proaktif begini. Mereka banyak tenaga macam kanak-kanak Ribena, jadi saya ditanyakan soalan bertalu-talu: โapa lagi panduan dan arahan terbaru, terutamanya bila nak masuk PRN Johor tidak lama lagiโ. Berikut adalah panduan mengenai perkembangan BERSAMA untuk satu minggu yang akan datang: Pertama - Kad Ahli Sebanyak 17,000 kad ahli telah dicetak dan dihantar melalui Pos Malaysia minggu ini. Ada yang telah dapat, ada yang belum dapat. Bila HQ BERSAMA menghantar kad, sistem keahlian BERSAMA akan menghantar email secara automatik memaklumkan kad ahli telah dihantar. Insya-Allah, backlog kad ahli akan diselesaikan dalam seminggu dua ini. Bila dah dapat kad ahli, saya mohon supaya ambil gambar dan pos kandungan ke media sosial masing-masing untuk menggalakkan kawan-kawan kita juga mendaftar sebagai ahli BERSAMA. Kedua - Masalah Mendaftar Masih ada ahli yang telah mendaftar tetapi tidak dapat disempurnakan, maka belum menerima nombor keahlian. Selalunya ini disebabkan dua masalah: 1) Nombor telefon atau email yang digunakan semasa mula-mula mendaftar tidak tepat, jadi tidak dapat OTP. Bila cuba daftar semula, oleh kerana nama atau IC sudah ada dalam sistem tetapi nombor telefon tidak padan, rekod tidak sama. 2) Bayaran yuran ahli RM20 tidak lepas atau belum berbayar, jadi sistem keahlian masih menunjukkan permohonan tidak dapat diproses untuk diluluskan. HQ BERSAMA sedang menyelesaikan setiap kes satu persatu. Jika anda ada masalah ini, berikut adalah langkah yang perlu diambil. Semak keahlian di pautan ini: https://bersama.org/ms/semak-daftar Masukkan nombor kad pengenalan dan isi maklumat di situ. Sistem akan menghantar OTP ke email, pastikan email tidak masuk ke Spam atau Thrash folder. Bila sudah masukkan permohonan di โSemak daftarโ, HQ BERSAMA boleh selesaikan kes secara manual satu persatu. Ketiga - Kumpulan Whatsapp HQ BERSAMA kini sedang membina kumpulan Whatsapp rasmi mengikut unit parlimen untuk mengumpulkan ahli-ahli BERSAMA. Anda perlu imbas kod negeri untuk menyertai Whatsapp BERSAMA di negeri itu dan pilih unit parlimen. Permohonan menyertai Whatsapp BERSAMA mengikut negeri dan unit parlimen akan disemak dengan maklumat keahlian, untuk memastikan hanya ahli BERSAMA yang dibenarkan masuk kumpulan. Maklumat rasmi dan arahan kempen akan disebarkan melalui Whatsapp rasmi BERSAMA, termasuk kemaskini kempen dan panggilan menjadi jentera dan sukarelawan. Keempat - Jentera Kempen Pilihanraya Bermula Isnin, 22 Jun ini, sistem BERSAMA akan mula dibuka untuk menjemput ahli-ahli BERSAMA tampil menjadi jentera pilihanraya negeri Johor. Ahli-ahli boleh memilih bentuk kempen yang hendak disertai, slot masa dan lokasi kempen mengikut kelapangan jadual masing-masing. Sasaran kami ialah untuk mengaktifkan sekurang-kurangnya 20% dari ahli BERSAMA seluruh negara untuk menyertai kempen lapangan PRN Johor, yang membolehkan BERSAMA mencapai kekuatan sekitar 400 orang jentera di setiap DUN yang ditandingi (bila dicampur dengan jentera tempatan). BERSAMA adalah sebuah parti yang kecil. Kita tiada keupayaan membayar jentera, kita bergantung kepada daya juang dan kelincahan setiap ahli kita. Sebab itu perancangan gerak kerja kita - dari saluran komunikasi, pengarahan kempen, pembahagian kerja - mestilah bersistem supaya kita boleh memanfaatkan setiap seorang dari kita. Itu semangat kancil yang kita perlu bina sebagai budaya kerja BERSAMA. Bagi ahli BERSAMA di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor - mulakan dengan sertai Whatsapp rasmi BERSAMA. Imbas kod-kod QR ini mengikut negeri seperti yang telah saya kongsikan dalam posting saya sebelum ini.

Rohingya, Pilihan Raya dan Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya | YBM #53

(PARODI) Biar Tempat Orang Busuk Jangan Hati Kau Busuk!

Pegang bendera dacing rasa aneh, Terima kasih pecah belahkan PN, ROS dah tulis surat | SEKILAS FAKTA

KETUA PENGARAH JKOM BERIYA - RAFIZI

Siapa You, Suruh Pas Keluar Daripada PN? You Tidak Layak! - Wawasan Selangor

Malaysian tourists have gone viral for the wrong reasons in East Asia - Chinese Double Standards ๐คฏ

EP203 | US-IRAN Peace Deal, Ai Dalam Perang Moden, Masa Depan Perikatan Nasional

Nothing about the honey badger is normal... and here is why

Mahkamah 'SELAMATKAN' Anwar Ibrahim Dari Jadi Saksi? Nanti Dulu...

Memalukan Universiti Awam bila 4 Universiti Swasta yg kecil & dana cari sendiri duduk dlm list Top10

โSaya Kecewa Sebab Jason Ni Saya Ingat Dia Budak Yang Berjenislahโ โ Rafizi Ulas Pempengaruh Politik

(YBM Episod 53 Penuh) Isu Rohingya & Hala Tuju? Musim Pilihanraya, Isu Mendominasi? Ketua JKOM Baru

Kenapa Semakin Banyak Negara Menolak Rohingya?

Top Italian diplomat cancels U.S. trip after Meloni slams Trump's claim about G7 photo

'Perfect metaphor for the second Trump term': Nicolle on Trump's DECREPIT Reflecting Pool renovation
![[EN] ๅฎๅ่
น่ๅๆ ้ฉฌๅฝๅคง้่ฟ่ฝๆๅคไน
๏ผAnwar under siege: will he stay in power beyond one-term? | ไธ็ๅคง่งฃ่ฏด](https://i.ytimg.com/vi/AwyJHWoWMVs/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLAJhaWaF-FNYnSPeInAQ_OVUsePWw)
[EN] ๅฎๅ่ น่ๅๆ ้ฉฌๅฝๅคง้่ฟ่ฝๆๅคไน ๏ผAnwar under siege: will he stay in power beyond one-term? | ไธ็ๅคง่งฃ่ฏด

Isham Jalil: 'Tahniah Hamzah lancar parti Wawasan Negara yang disokong PN PAS lawan PH UMDAP'

Misteri Dunia Yang Mungkin Tidak Akan Terjawab Walaupun Oleh Saintis

Trump tells Axios there are "no limits" to his power after the Iran war

