Meredah hutan belantara malam hari....

Perjalanan malam di hutan bukan sekadar berjalan dalam gelap. Ia adalah perjalanan yang sarat dengan risiko untuk diserang atau dibunuh, sama ada dilakukan secara berkumpulan atau solo. Kegelapan malam akan mula menguji kestabilan emosi dan psikologi manusia. Bunyi bunyian yang tidak diketahui puncanya, jarak penglihatan yang terhad, serta ancaman haiwan liar akan meletakkan seseorang dalam keadaan tekanan yang berterusan. Hutan bukan sekadar dunia fizikal. Hutan adalah gabungan unsur psikologi, fizikal dan kimia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia. Untuk berdepan dengan hutan secara langsung, seseorang perlu memahami psikologi ancaman. Dalam belantara, apa yang kelihatan selamat tidak semestinya selamat, dan apa yang kelihatan berbahaya tidak semestinya membawa mudarat. Kesilapan menilai keadaan boleh mengundang padah, manakala penilaian yang tepat mampu menyelamatkan nyawa. itulah yang sering aku sebutkan "dalam positif terdapat unsur negatif, dalam negatif terdapat unsur positif,.... itulah perjalanan sebenar aku di alam rimba secara solo dimana aku memerhati alam secara psikologi kerana untuk berdepan dengan dunia yang penuh psikologi mesti digunakan psikologi. psikologi vs psikologi. "dia tunjuk garang aku pun tunjuk garang ...dia tunjuk taring aku tunjuk pisau....dia serbu aku serbu....nak parah biar sama sama parah...nak mati biar sama sama mati"....