Perkongsian aku.. Teknik mudah dalam menanam sawit dengan cara yang betul.
#sawit #tanamsawit #kebunsawit Cara-cara Menanam Kelapa Sawit PENDAHULUAN Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya. PERLAKSANAAN KERJA Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi di kawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam di ladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman di ladang. Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima. Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang). Penutup bumi adalah untuk: Mengawal hakisan Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen Memelihara kelembapan tanah Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah: Centrosema pubescens Pueraria phaseoloides Calopogonium mucunoides/caeruleum Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut: Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit. Jarak di antara jalur-jalur adalah 2 meter. Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:- Kekacang Kg/ha Centrocema pubescens 4.0 Pueraria phaseoloides 1.1 Calopogonium caeruleum 0.6 Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar. Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut: Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik. Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:- Lubang tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan. Taburkan 150g - 200g baja Fosfat di dalam lubang. Buangkan/tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang telah disediakan. Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah. Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam. Mampatkan tanah di sekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya. Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau. Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam. Tanaman selingan: Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah: Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun. Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari. Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu. Ternakan: Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan di ladang kelapa sawit. Di samping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpa

Baja sapa yang sesuai untuk sawit 2 tahun. Pemulihan sawit pasca banjir.

CARA MUDAH PANCANG SAWIT MATA 5 | 3 MENIT PAHAM DAN ANTI GAGAL

Rindang betanam ke buah di kebun. Subscribe channel youtube guys!!

Cara tanam bibit klp sawit yang benar ..PT BWS.

✅✅Jumlah Total Kos Sebenar Buka 3 Ekar Kebun Sawit dari Tanah Terbiar Menjadi Kebun Sawit

AMBIK UMBUT SAWIT UNTUK 1 HARI BULAN//KEBUN SAWIT IPAR

Start to Finish / Tanam Tiang Pagar Kebun / Fence Posts Concrete Manual Installation

Sawit 2 tahun setengah.. separuh nyawa aku nak siapkan..🤣

Cara menanam sawit di lokasi rawa lahan basah

DEVIL'S PALM OIL PRUNING!! PER SMOKER WILL BE PAID 50,000

THE RIGHT WAY TO PLANT OIL PALM SEEDLINGS TO BEAR A LOT OF FRUIT, FROM THE ASIAN AGRI MANAGER.

Cara meningkatkan produktifitas kelapa sawit

Bunga durian aku gugur pada fasa awal.. bagaimana ia berlaku.

Tingkatkan Hasil Sawit anda! Jimatkan Kos Meracun! Sharing Teknik Terbaik & Selamat masa Harga Jatuh

Cara Mudah Buat Lining 3segi Jarak Tanaman

Teknik tepat pemangkasan pemilihan dahan produktif durian musang king 5 tahun.

Panen sawit pokok rendah || terlalu over buah nya

Easy way to plant 5-point palm trees with size 8x8

Pupuk kelapa sawit di malaysia bergini caranya

