KISAH ASAL USUL LAGU ULEK MAYANG : TEMUBUAL PENYANYI ASAL ULEK MAYANG
Temuramah ekslusif mengenai Asal Usul Lagu Ulek Mayang bersama penyanyi asal ulek mayang iaitu Pn. Wan Salmah Wan Sulaiman. #UlekMayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan #AlamMistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. la sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka. Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut. Seorang puteri bunian ingin menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh puteri bunian. Pertarungan menjadi senget apabila seorang demi seorang adik beradik #PuteriBunian (hingga 6 orang) datang membantunya. Akhirnya Puteri Sulung muncul, puter ke-7, muncul. Paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan. "aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat". - kata Puteri sulung. Tanda terima kasih, bomoh itu menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Nelayan itu sedar tidak lama kemudian. Dahulu, lagu Ulek Mayang akan disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di kawasan tepi pantai yang digunakan sebagai kaedah untuk merawat penyakit seseorang. Biasanya penyakit-penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri dan lain-lain. Kini Ulek Mayang telah diubah dan dijadikan sebagai persembahan budaya untuk majlis-majlis tertentu. Want more? Follow us on our social media Instagram : @projektravel ( / projektravel ) Facebook : Projek Travel ( / projektravel ) Twitter : @projektravel ( / projektravel ) TikTok : @projektravel ( / projektravel ) Blog : www.projektravel.net For Business / Inquiry: [email protected]

Legenda Ulek Mayang

Ulek Mayang: Lagu "Berhantu" Or Just A Myth? 🤔

Asal Usul Ulik Mayang Yang Menyeramkan

RM PODCAST EPISODE 21 : MR ADEM OFFICIAL

Seniwati Hasimah Yon,Antara Pelakon yang dibaikot kerana kahwin dengan bekas Abang iparnya

Silat Melayu - Tempur Adik vs Abang

Puteri Limau Purut: Legenda Perak, Pinangan Aceh & Perang 1620 (Pulau Tiga)

Full Movie: JULA JULI BINTANG TIGA (1959) | ABDULLAH CHIK | SALMAH AHMAD | WAHID SATAY

Rahsia DNA Asal Usul Bangsa Melayu - Prof Dr. Zafarina Zainuddin

angin dewa muda .mp4

The Legend of Ulek Mayang | Ancient Malay Sea Spirit
![Ulek Mayang 2017 [Official Video]](https://i.ytimg.com/vi/lzRuFOwaUx0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDXL54gF9ukwU58Xy3D8RAChEeBww)
Ulek Mayang 2017 [Official Video]

LP03 : 20 Tahun Berdiam Diri, Tiara Jacquelina Dedah Pekung Industri

KISAH SERAM | ULEK MAYANG | RASUKAN SUKMA TUJUH PUTERI‼️ (TERENGGANU)

Setul: Negeri Melayu Yang Hilang Dari Peta?

Mustika silam MAS MERAH part 1

Benarkah Makam Hang Tuah Di Jasin? Rahsia Makam Langbuana Terbongkar!

Gendang Besar Diraja Kelantan: Istiadat Pertabalan YDPA-15 (2017)

EDISI PENUH - BINTANG FILEM & PENYANYI ZAMAN HITAM PUTIH YANG MASIH ADA

