Episod 407 TVPSS SMKTI: Hari Kejohanan Olahraga SMK Taman Indah Kali Ke-35 Tahun 2026

Hari Kejohanan Olahraga SMK Taman Indah kali ke-35 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 20 Mei 2026 (Rabu), jam 7.30 pagi bertempat di Padang SMK Taman Indah. Program ini menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan. Pelbagai acara telah dipertandingkan, mempamerkan bakat serta daya saing dalam kalangan murid. Tahniah kepada semua peserta, guru, ahli kumpulan pelaksana dan ibu bapa yang telah menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang. #smktamanindah #smktikebanggaankami #tampin #sekolah2026 #kpm #berilmuberakhlakberbakti #berusahaberilmuberbakti #harisukansekolah