KADET POLIS highlight

Program perkhemahan perdana unit beruniform merupakan satu aktiviti anjuran Unit Kokurikulum SMAN Toh Puan Hajah Rahmah. Program ini asalnya hanya melibatkan 30 orang pelajar dari 5 unit beruniform dan diadakan pada Ogos 2022. Sepatutnya program ini dijalankan setiap tahun, namun begitu disebabkan dunia diancam dengan pandemic COVID-19 maka program ini juga terpaksa dibatalkan dengan arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun ini, setelah negara beralih ke fasa endemik unit kokurikulum merancang untuk mengadakan program perkhemahan perdana untuk kali kedua pada tahun ini (2022). Pada tahun ini, program ini dirancang dengan melibatkan semua pelajar yang terpilih dalam perkhemahan perdana ini. Maklumat adalah seperti berikut : Hari : Jumaat hingga Ahad Tarikh : 26 hingga 28 Ogos 2022 Masa : 2.30 petang (Jumaat) hingga 3.30 petang (Ahad) Tempat : Dataran SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah - Official Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk memperoleh pelbagai asas dan kemahiran perkhemahan. Selain itu, program perkhemahan ini juga merupakan salah satu metode pendidikan luar kelas. Aktiviti perkhemahan ini mengandungi elemen kokurikulum pendidikan luar yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada kaedah pembelajaran yang melibatkan pengalaman yang mampu melahirkan modal insan yang berketerampilan dan mempunyai semangat juang yang tinggi disamping dapat memberi kesempatan kepada para pelajar untuk menggembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang menerapkan unsur-unsur kesepaduan dan nilai patriotisme juga dapat menyumbang kepada pembangunan kemasyarakatan yang seimbang dan harmonis sekaligus menyuburkan rasa cintakan bangsa dan negara bagi mencapai aspirasi pendidikan negara. Pelaksanaan program perkhemahan dari aspek pendidikan adalah untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pemupukan sahsiah dan pembentukan perpaduan seterusnya mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif. Antara Objektif : 1. Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. 2. Memupuk pemimpin dalam kalangan peserta yang sentiasa mempraktikkan isi kandungan kokurikulum. 3. Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak. 4. Melahirkan ahli yang bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Alhamdulillah Perkemahan Tahunan Sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan ibubapa, pelajar-pelajar, guru-guru dan semua kakitangan SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah - Official Semoga segala usaha kita diterima oleh Allah dan pelajar-pelajar dapat menimba ilmu sepanjang program dilaksanakan.