ISA ISARB DEDAH AIMAN PT2 KANTOI SALAH GUNA DANA SYARIKAT RM51000, LARI KE LUAR NEGARA

ISA ISARB DEDAH AIMAN PT2 KANTOI SALAH GUNA DANA SYARIKAT RM51000, LARI KE LUAR NEGARA Youtuber, Isa Isarb mendedahkan bahawa Aiman PT2 telah dipecat serta-merta selepas didakwa menyalahgunakan dana syarikat berjumlah RM51,000. Menurut Isa, pendedahan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia secara tidak langsung mencerminkan kegagalannya dalam memimpin dan memantau pasukan sendiri. Isa menegaskan tindakan tegas terpaksa diambil demi menjaga integriti syarikat serta kepercayaan penonton dan rakan kerjasama. Isa berkata lagi, sehingga kini beliau tidak dapat menghubungi Aiman PT2 dan difahamkan individu itu telah melarikan diri ke luar negara selepas insiden berkenaan terbongkar.