"Saya Sendiri Duduk Di Bukit Kepong Setahun Untuk Hasilkan Filem" -- Jins Shamsuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept -- Dakwaan bahawa filem Bukit kepong sebagai sebuah filem mengikut acuan UMNO sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Presiden Pas , Mohammad Sabu disanggah sepenuhnya oleh pengarah filem tersebut, Tan Sri Jins Shamsuddin. Sebaliknya menurut Tan Sri Jins Shamsuddin kajian menyeluruh dilakukan dalam menerbitkan Filem Bukit Kepong itu termasuk mendapat bantuan penduduk kampung, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera selain pihak Polis. "Saya telah diminta oleh Tun Haniff Omar, ketika itu dia Ketua Polis Negara yang mencadangkan kepada saya untuk membuat filem Bukit Kepong, kerana sebelum itu, dia ada juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain tetapi kos untuk membuat filem ini terlalu mahal. "Saya telah membuat penyelidikan rapi termasuk menemubual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis," katanya secara eksklusif dengan UMNO-Online di sini. Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. "Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif dan arahan UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun. "Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis," tambahnya lagi. Ujarnya, filem Bukit Kepong ini merupakan filem berkisarkan pada sejarah negara serta penyelidikan bukan secara suka-suka hati. Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet. Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi. "Saya sedih dan kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar. "Sebaliknya pengorbanan 25 anggota polis yang terbunuh dalam serangan berdarah inilah yang kita boleh ibaratkan sebagai hero sebenar. Saya juga ingin berpesan kepada generasi muda agar jangan lupa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, jasa pejuang-pejuang terdahulu yang hari ini, kita nampak hasilnya dengan hidup aman damai, persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Tun Hussein Onn 1987 - Presiden UMNO yang tiada sokongan ahli-ahlinya
▶︎

Tun Hussein Onn 1987 - Presiden UMNO yang tiada sokongan ahli-ahlinya

(EKSKLUSIF) PERJUANGAN BUKIT KEPONG | Luka Lama Tembakan Pada Yusoff Rono Masih Berair
▶︎

(EKSKLUSIF) PERJUANGAN BUKIT KEPONG | Luka Lama Tembakan Pada Yusoff Rono Masih Berair

Schweiz - Bosnien-Herzegowina | Highlights FIFA WM 2026 | MAGENTA TV
▶︎

Schweiz - Bosnien-Herzegowina | Highlights FIFA WM 2026 | MAGENTA TV

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut -- Zulkifli
▶︎

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut -- Zulkifli

🎥EKSKLUSIF OWH! MG | Kisah Sebenar Di Balik Amukan Prebet Adam
▶︎

🎥EKSKLUSIF OWH! MG | Kisah Sebenar Di Balik Amukan Prebet Adam

Irak – Norwegen  Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Irak – Norwegen  Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio

'The problem for Israel is not Donald J. Trump.' JD Vance addresses Israeli position on Iran deal
▶︎

'The problem for Israel is not Donald J. Trump.' JD Vance addresses Israeli position on Iran deal

RETROSPEKTIF : "Ke Medan Jaya (1983)
▶︎

RETROSPEKTIF : "Ke Medan Jaya (1983)

Malaysia Hokkien vs Indonesia Hokkien
▶︎

Malaysia Hokkien vs Indonesia Hokkien

Portugal – Demokratische Republik Kongo Highlights | Gruppe K, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Portugal – Demokratische Republik Kongo Highlights | Gruppe K, FIFA WM 2026 | sportstudio

What's NEW at✨SAM'S CLUB✨ + June 2026 INSTANT SAVING!!
▶︎

What's NEW at✨SAM'S CLUB✨ + June 2026 INSTANT SAVING!!

England – Kroatien  Highlights | Gruppe L, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

England – Kroatien  Highlights | Gruppe L, FIFA WM 2026 | sportstudio

Punyalah Aku Baca, Rupanya Ini Je Punca Rohingya Kena Tibai Di Myanmar
▶︎

Punyalah Aku Baca, Rupanya Ini Je Punca Rohingya Kena Tibai Di Myanmar

ROS BUBARKAN PN ? MENGEJUT HADI & MUHYIDDIN ?
▶︎

ROS BUBARKAN PN ? MENGEJUT HADI & MUHYIDDIN ?

Jeffrey Sachs Brutally Roasts Trump, Netanyahu Over Iran Conflict; ‘Most Murderous War Imaginable…’
▶︎

Jeffrey Sachs Brutally Roasts Trump, Netanyahu Over Iran Conflict; ‘Most Murderous War Imaginable…’

Teuku Nyak Putih - Bapa P. Ramlee
▶︎

Teuku Nyak Putih - Bapa P. Ramlee

Radikaler Islamismus: Wie groß ist die Gefahr? | Markus Lanz vom 16. Juni 2026
▶︎

Radikaler Islamismus: Wie groß ist die Gefahr? | Markus Lanz vom 16. Juni 2026

Frankreich – Senegal  Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio
▶︎

Frankreich – Senegal  Highlights | Gruppe I, FIFA WM 2026 | sportstudio

PART 2 : Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2025
▶︎

PART 2 : Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2025

🔴 KEDUDUKAN ASAL ISTANA MELAKA MENGHADAP KIBLAT? | MELAKA
▶︎

🔴 KEDUDUKAN ASAL ISTANA MELAKA MENGHADAP KIBLAT? | MELAKA