JaneinHeaven - RESOLUSI (Original Music) // LIMINAL Album

Track 11 — RESOLUSI Setiap perjalanan akhirnya akan menemukan noktahnya. RESOLUSI bukan tentang hidup yang tiba-tiba menjadi mudah, atau luka yang terus sembuh. Ia adalah tentang memilih untuk terus melangkah, walaupun dunia masih sama dan kegelapan belum benar-benar berlalu. Tentang menerima segala yang pernah mematahkan kita, lalu menjadikannya sebab untuk terus berdiri. Bukan kerana kita sudah kuat. Tetapi kerana kita memilih untuk tidak menyerah. Dan mungkin... itulah makna sebenar sebuah kemenangan. Buat mereka yang telah berjalan bersama sepanjang perjalanan hingga ke runut terakhir di dalam album - LIMINAL. Terima kasih kerana terus bertahan. Semoga selepas musim gelap ini berakhir, kita semua dipertemukan dengan cahaya yang selama ini kita cari. 🖤 from the album: LIMINAL written & direction by janeinheaven